Pages

Showing posts with label puting. Show all posts
Showing posts with label puting. Show all posts
Thursday, September 8, 2016

Pemilihan puting yang sesuai untuk bayi anda

sebenarnya,
ni antara masalah terbesar yang dihadapi ibu - ibu baru.
lagi - lagi ibu - ibu yang mengamalkan menyusu badan.

bila nak tukar kan anak dari menyusu pakai botol susu, alamak..anak taknak hisap la..
tak pandai hisap la.

aku kagum jugak tengok anak - anak yang tak di breast feed @ anak - anak yang dari kecik hisap botol.
pandai pulak la dieorang isap puting tiruan tu dengan jayanya.

berdasarkan pengalaman sendiri. aku tengok anak - anak sedara aku boleh je isap botol avent or tommie tippi. takde masalah pun dieorang nak terima sebab memang dari lahir je dieorang terus melantak puting tu.
tapi berlainan dengan anak - anak aku. dah puas pantang hisap tek... nak tukar ke botol susu punya la cerewet hai...

so puas la aku search n google pelbagai kaedah. so nak share sikit la untuk ibu - ibu muda ni berkenaan puting susu ni.

time naim, aku beli botol susu tommie tippi. sebab aku suka tengok bentuk dia. comel - comel pulak tu. terpedaya la jugak beli botol tu. tapi last - last naim tak sesuai pun isap botol tu sebab puting tommie ni agak keras. berusaha gigih la jugak nak mencari puting yang sesuai. akhirnya dapatla puting jenis orthodentik. jenama yang di syorkan adalah brand NUK.

eh NUK.. ape brand..hahaha
tapi itu antara puting yang tak bermasalah diterima kebanyakan baby yang nak bertukar dari direct breastfeed kepada menyusu guna botol.

so time anak ke dua. aku kenkonon nak cuba pulak botol avent. sebab cam canggih je botol tu. hihih.
pun sama. ade la lagi terperam tu kat rumah tak jadi apa.
tak nak jugak si nely dengan botol avent tu.

bila bagi aje orthodentik NUK. terus boleh aje hisap susu macam biasa. kat bawah ni aku lampirkan beberapa gambar untuk rujukan mak - mak baru.

1. yang ni puting orthodentik NUK wide neck. aku suka guna wide neck sebab senang nak isi susu perahan dalam botol tu sebab lubang botol besar n tak kecut - kecut. kalo tak kerjanya asik nak betul kan puting aje la. biasanya puting ni kena beli berasingan. sebab dia tak jual dengan botol sedia ada. botol sedia ada guna puting jenis silicon (clear plastic). so a bit keras sikit berbanding puting kuning ni.


 2. kat atas ni contoh botol NUK. ya. di jual sekali dengan puting silicon orthodentik.

3. yang ni pulak puting kuning NUK yang bukan wide neck. kalo mak - mak yang nak guna botol storage terus untuk bagi anak minum, boleh la beli puting ni. sebab selalu jugak anak - anak aku ni minum susu dari botol storage. senang keroje bapaknye ha..

panaskan susu simpanan. pasang puting boleh sumbat dekat anak terus.

aku cakap botol storage ni maknanya adalah botol yang kita gunakan untuk simpan susu badan. biasanya botol storage akan guna standard size ni. tak pernah lagi jumpa botol storage wide neck.

hihi..


anak ke 3 ni..
aku terus bercadang nak beli je terus botol NUK.
puas hati pakai.
dan terbukti puting ni sesuai untuk 2 anak terdahulu. if anak ke 3 tak nak aku bley je try bukak tommie tippi naim or avent nely punya nanti.

mana la tau selera anak ke 3 ni lain.


ye dak..



so..
selamat berekperimentasi  ibu - ibu muda...



salam..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, October 11, 2015

Tumbesaran Anak : Tahap Mana?





Ni gambar tahun ni. 2015.
tema raya adalah hitam.
semuanya sebab tak sempat nak jahit baju raya dah
sebok dengan anak kecil dan anak sulung yang manja asek nak berkepit dengan mummy.
asal bukak mesin jahit mesti bz nak letak tangan sekali.

anak sulung aku panggil nama Naim. Naim perwatakannya agak hati tisu. terang hati dan manja. maybe sebab anak sulung, Naim agak manja masa kecilnya kalau nak dibandingkan dengan adiknya si Nely. Time kecik - kecik (baby) Naim tak pandai nak isap puting susu. terpaksa la dady goncang botol susu nak bagi Naim minum. pakai straw untuk minum susu. Naim pandai isap botol susu bila Nely lahir. masuk 1 minggu Nely lahir mumy bagi Naim pakai botol susu baru. Naim terus pandai isap susu.

itu la orang kata. Budak ni bila ber adik pandai sendiri.

Naim lambat berjalan. lambat tumbuh gigi.
Tapi Naim cepat pandai dalam hal - hal lain.
1 tahun 4 bulan Naim dah start kenal nombor.

sekarang umur Naim 2 tahun 1/2
Naim dah boleh kira nombor sampai 20. dah boleh baca nombor terbalik dari 10 - 1 dengan susunan yang betul. Naim dah boleh kenal shapes and colors.

yang penting, bila anak - anak kita tak sama dengan orang lain. tak ape lah. ada lebihnya anak kita tu kat tempat lain. tapi still tak terkecuali, time Naim belum jalan bila dah masuk setaun..aku hari - hari google pasal anak berjalan lambat. so paling tak pun. entry ni if ada ibu - ibu terbaca akan bagi semangat kat dieorang balik. sama macam aku dulu - dulu.

Akhirnya umur 1 tahun 3 bulan baru la dapat tengok Naim jalan terkedek-kedek. sekarang pulak da pandai bagi alasan if taknak jalan.
Naim bagitau Naim takut..ceh...
anak - anak....

Nely pulak bila tengok lebih berdikari berbanding Naim. walaupun Nely anak kedua, tapi nampak Naim lagi manja berbanding Nely. Nely cergas. dari kecik lagi Nely dah pandai isap botol. tak susah nak ajar Nely isap botol. cuma bagi je puting NUK (experience dari Naim jugak). Nely dah pandai isap. memang dari anak 1st lagi, puting NUK orthodentik tu tak pernah lagi mengecewakan aku n shahrul. memang diterima oleh 2 anak kami. eceh!

so tak la susah da dady nak goncang - goncang susu bagai. Nely pun belum tahap pandai minum pakai straw lagi. Tapi Nely lagi cepat bergerak. Nely cepat meniarap, cepat merangkak dan cepat memanjat - manjat.

Sekarang ni Nely 8 bulan. dah jaguh panjat tangga. da start menyusur dinding. dah jugak pandai cium - cium orang. cubit orang dan jugak buat muka comel - comel manja mintak gigit.
hopefully perkembangan otak Nely sama pantas macam Naim.

bukan la nak mendedahkan bahan - bahan ilmiah awal usia. tapi tumbesaran anak - anak perlu la jugak sejajar dengan peredaran zaman.
tapi nak tak nak. mak - mak zaman sekarang perlu sedar, anak perlu pandai membaca sukukata ringkas sebelum anak masuk darjah 1.
perlu pandai mengira sekurang-kurangnya 100.

ni pesanan cikgu orang kecil.

hehhe.
otak da buntu

so bai
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers