Pages

Monday, April 26, 2010

BI micro teaching & konvo MAKTAB

dan hari ini, cik lina dah setel BI micro teaching..kat bawah ni antara teaching aids yang cik lina guna. kali ni group cik lina pilih my body part. bertungkus lumus cik lina siapkan raw material ni.

dan untuk itu, micro teaching BI..done...
hopefully..lepas ni...
cik lina bersedia untuk mendidik anak bangsa dengan teaching aids yang dah tersedia..














owh..lupa nak kata..yang atas ni semua puzzle body untuk group aktiviti. tapi yang klakanya..bertungkus lumus cik lina sediakan raw material, sampai giliran cik lina, lecturer skip dan trus suruh buat conclusion.
dia da boring kot cik lina present. hekhek..lagipon...RPH ni asalnya memang cik lina yang buat.
thanks to ing.d.ravi and azah sbb bagi full cooperation.

selalunya Allah menyebelahi kita bila kita yang betul..=0..


oh ye..anouncement...2 - 3 jun ni...cik lina nak umumkan..JPP terlibat dalam penganjuran pesta KONVO maktab. sgt tidak sabar menunggu detik itu lebih dari yang lain. sebab cik lina tahu. cik lina ade team work yang bagus dalam JPP. lagipon sangat seronok bekerja dengan mereka.
buat permulaan, mungkin AMT akan terlibat dalam protokol konvo. rindu untuk menikmati saat2 menerima scroll. so taun depan..adalah konvo kali ke 3 cik lina.

erm..perkhemahan bulan sabit cancel. TAHNIAH...hahaha
tapi kena pula ke JOHOR. cik lina sangat suka..
boleh pegi dating..yeah..yeah..


Sunday, April 25, 2010

micro teaching & preparation


cik lina sedang sibuk buat teaching aids utk micro teaching. maklumlah nak yang terbaik. cik lina seboleh2 dengan rakan sejawat cik lina..miss d..cari barang2 budak yang boleh di bawa masuk ke dalam kelas.
dan ini antara hasil yang cik lina buat.
banyak jugak dah teaching aids cik lina beli. tapi..ini half dulu yea...sbb cik lina excited nak tunjuk cik lina dah buat ikan guna plaster powder..
entry ni khas kepada encik shahrul sbenanye..nak tunjuk hasil tangan cik lina..=)



dan sementara siapkan teaching aids utk micro teaching KH..cik lina pon tengah bertungkus lumus siapkan micro teaching BI punye bahan...
Maths pon cik lina da siap pk kan..tapi tak sempat nk amik gamba smua..so lepas ni cik lina upload lg ek





world largest animal..




Largest Animal : Blue Whale
The recorded weight of this animal was 190 tonnes with the length of 30m.












Largest Living Land Animal : African Bush elephant
It has an average weight of 100 kg at the time of birth. The largest elephant recorded was a male having the weight of 13.5 tons and a length of 10.6 m (from trunk to tail) with a shoulder height of 4.2 m.




Largest living land carnivore : Polar bear and brown bear
The polar bear and brown bear are having having the weight of 1 ton and height of 3m.





Largest reptile : Saltwater crocodile
The crocodile has the length of 5 m. The largest recorded crocodile had a weight of 1,900 kg and 6.3 m length.




Tallest living land animal : Giraffe
Height of 5.8 m and it is considered as the tallest living animal on the land. Its weight is approximately 2,000 kg.

Largest living bird : Ostrich
Ostrich is the largest living bird having a height of 2.7 m and a weight of 156 kg.














Largest amphibian : Chinese giant salamander
The ugly look, Chinese giant salamander is the largest living amphibian having a weight of 64 kg and 1.83 m length.









Largest fish : Whale Shark
Whale shark is the largest living fish having a length of 13.6 m and 22,000 kg weight.







Largest invertebrate : Colossal Squid
Colossal Squid is the largest invertebrate which attains the maximum size of 14 m long. The largest recorded size of colossal squid was measured 10 m long with a weight of 494 kg. So you can imagine how huge it is.







Heaviest insect : Goliath beetle
Goliath beetle is the heaviest beetle having a weight of 115 g and a length of 11.5 cm






how to start a fight


petikan menarik dari emel..=)


My wife sat down on the couch next to me as I was flipping channels.
She asked, 'What's on TV?'

I said, 'an inch of dust!!'

And then the fight started.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

My wife was hinting about what she wanted for our upcoming anniversary.

She said, 'I want something shiny that goes from 0 to 150 in about 3 seconds.'

I bought her a weighing scale.

And then the fight started.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

When I got home last night, my wife demanded that I take her to some place
expensive. So, I took her to a gas station.

And then the fight started.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

My wife and I were sitting at a table at my high school reunion.

I kept staring at a drunken lady swigging her drink as she sat alone at a nearby table. My wife asked, 'Do you know her?'

'Yes,' I sighed, 'She's my old girlfriend. I understand she took to drinking right after we split up those many years ago, and I hear she hasn't been sober since.'

'My God!' says my wife, 'who would think a person could go on celebrating
that long?'

And then the fight started.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

I took my wife to a restaurant.

The waiter, for some reason, took my order first. "I'll have the strip steak, medium rare, please."

He said, "Aren't you worried about the mad cow?"

"Nah, she can order for herself.."

And then the fight started.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

A woman is standing nude, looking in the bedroom mirror.

She is not happy with what she sees and says to her husband :

'I feel horrible; I look old, fat and ugly. I really need you to pay me a compliment.'

The husband replies : 'Your eyesight is still damn perfect.'

And then the fight started.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

I asked my wife : "Where do you want to go for our anniversary? "

It warmed my heart to see her face melt in sweet appreciation.

"Somewhere I haven't been in a long time!" she said.

So I suggested, "How about the kitchen?"

And that's when the fight started.

#####

p/s:

Do you need...
1) A system to capture important data? OR
2) To pull data from one application into another? OR
3) To access the data from the internet? OR
4) To develop custom system

Saturday, April 24, 2010

wahai anak ku......

anakku
tahukah engkau
betapa gembiranya hati ibu mendengar tangisan pertamamu
biarpun tempoh menanti jerit tangis itu,
bergelut dgn kudrat dan nyawa
namun ibu bangga
kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat, yg sekian lama dinanti
anakku
terasa baru semalam ibu mendodoimu,
meriba,dan menyusuimu
bagaikan baru kelmarin engkau belari-lari anak
belajar bercakap,
merenget minta dibelai,
disuap nasi kemulut
hingga ibu lupa,
anak ibu tlh besar panjang pun
pejam celik-pejam celik
dah tiba masanya kita berpisah buat seketika
dan ingatlah anakku sayang
pegimu bukn erti kau bebas
tp pergi dgn satu tujuan tuk menunaikan impian semua
ingat ank ku,
kita bukan org senang
ibu takde harta untk ditinggalkan
kecuali ilmu yg engkau ada
ibu dah bekalkan kau dgn agama
amalkanlah setiap masa,buatlah apa yg disuruh


tinggalkan apa yg ditegah
pesan ibu,
jgn kau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan
jgn ikut telatah rakan,
gunakan peluang ini kerana ia datang hanya sekali
dan ketika ia kembali,
ibu dpt bayangkan betapa bahagianya hidup ini
betapa ringannya bebanan
bila engkau datang membantu adik-adik yang masih bersekolah

dan pasti ketika itu,
kita tidak lagi tinggal dirumah usang
biarpun masanya masih panjang lagi
tapi ibu sentiasa mendoakan ianya menjadi kenyataan

biarpun ibu disini masih bermain lumpur
bermandikan getah untuk menyaramu
tapi ibu berharap sangat janganlah siakan keringat ibu yang mengharap


Monday, April 19, 2010

part 2 : cintailah orang yang mencintai kita

sedar tak sedar..sekarang ni kiranya dah bulan ke empat cik lina di arena dunia latihan perguruan. cik lina sangat sibuk kebelakangan ni. macam2 cik lina kena buat. tapi cik lina rindu benar nak meluah rasa kat blog love line cik lina ni.

dah banyak pasangan cik lina tengok..hubungan baru saja kenal2 rupa dah sibuk merajuk2..bergaduh macam dah lama berumah tangga. orang kata..kalau baru bercinta..kentut pasangan pon rasa wangi. ketiak masam pun bisa di hidu. malah boleh jadi aroma kehidupan. dan sebab tu juga cik lina nak pesan..kalau dah bercinta..tolong jangan butakan minda. tulikan telinga.

kali ni..cik lina ada satu kisah
kisah ni mengenai kenalan cik lina. kenalan cik lina ni dah bertunang dengan jejaka idaman tahun lepas lagi. dan cik lina tumpang gembira sama. tapi yang cik lina kurang gemar..sambutan tu mcm melampau2. bkn cik lina cemburu. tapi setiap pasangan..kena la berbincang. bukan pentingkan diri. kan yang nk jadi tunang kamu berdua. cik lina tak nafikan..ibu bapa penting..tapi..parent skarang understanding..bia kita merancang..then br share ngn family. br la org kate..tarik rambut dlm tepung...rambut tak putus..tepung tak selerak.

tapi kali ni..bukan cik lina nak komen pasal bende tu..tapi psl cinta mencintai ni. maklumlah..mood berbulan madu gtu..
cik lina selalu pegang pd prinsip..
mencintai orang yang cintai kita tanpa syarat lebih manis dari kita mencintai orang yang kita tidak pasti cintanya.
phm tak??
ek..
huhuhu...
menerima orang yang mencintai kita itu sebenarnya bukan satu kerja mudah. kalau hati belum tertawan. blm tentu kita boleh menerima. mahu terima..
1. hati kena ikhlas
2. cintai dia sebagaimana dia cintai kita. cik lina nak komen pasal ni. bagi cik lina. dunia ini amat adil. jadi..jika kita berperangai kurang baik. jgnlah mengharap pasangan semulia, secantik dan selengkap bidadari syurga. dan mcm tu jugak la sebaliknya.

ramai orang sekarang, suka memilih berdasarkan 2 benda
1. harta
2. rupa

tapikan..bila difikir kembali, jika kita telah berkahwin, tiba2 di takdirkan si suami itu bankrup...apa yang akan terjadi dengan cinta kita?
bak kata orang...hutang ketuk lalu pintu, cinta lari ikot tingkap..
dan andaikan pula, jika si jejaka baik rupa..
bagaimana jika...kecantikan fizikal yg dipinjamkan ditarik balik. tak ke haru biru namanya..

cik lina pernah tanya bakal suami cik lina.
kenapa awk pilih saya. dan kenapa awk mencintai saya..
cik lina mengharapkan sebab mengapa dia jatuh hati pada cik lina. tapi jawapan si dia mudah..

"mungkin kerana itu jodoh kita. sy pilih awk kerana saya mencintai awk"
"tapi kenapa awk cintakan sy?"
"kerana cinta. dan tidak ada sebab untuk sy mencintai awk.."

erm..tpkn..bkn la kami ni ber"awk"..ber"saya"..huhu..rasa mcm pasangan skema pulak..
tapi..itulah jawapan si dia.
hm...
frustkan?

haha

tapi dah lama-lama..cik lina sedar..apa yang diperkatakan dia betul. kalau di tanya kembali, mengapa cik lina terpaut hati pada dia. cik lina pon hampir lupa. tapi yang pasti..keistimewaan layanan si dia membuatkan cik lina kekal bersama.

kan manis bila mencintai orang yang mencintai kita.. =p


Monday, April 12, 2010

cintailah..org yg menyintai kita

tbe2 cik lina tfikir nk ulas benda ni..bg cik lina..mmg ade bnrnya kata2 ni..
cik lina rasa lebih ber erti utk hargai orang yang syg kta..sbb..orang yg mencintai kita tidak ada had untuk menyayangi siapa diri kita sebenar...

upsss..cik lina dlm clas..kang next entry cik lina smbg ok..




Thursday, April 8, 2010

siapakah wanita itu....

memang penat dan lelah sekarang. hari - hari ada saje benda yang nak di siap kan. td..tamat persembahan Puteri Gunung Ledang..thanks to all class mate yg bg kerjasama yang amat memberangsangkan termasuk lah pegawai teknikal yg sorang..eh2..sebenarnya berdua..tapi kamariah tu..hm..langsung tak guna..

aku tak tipu..tapi itu yang sebaiknya. baik aku berterus terang..aku dan yang lain2 bertungkus lumus berfikir siang dan malam selesaikan kerja bersama. tapi dia..? sekadar datang tunjuk muka...kemudian kata..oh..mari kita buat sama2. tapi..orang lain buat..kau tolong membebel aje..

hmm?? dan sebab itu la aku pelik..macam mane orang yang terlebih gemalai macam dia..lepas interview KPLI smua? bersukan --> dia akan cakap tidak.."owh..akk tak larat la.."
pakai bj kostum -->sudah tentu tidak. orang lain bertungkus lumus mencari baju cheongsam untuk dia..dia boleh persoalkn kebersihan la..ketat la..dia dah kawin la..tak sopan la -->?? WTH..
lagi??..apa lagi alasan dia...hmm??..jika suruh berpantun dia akan kata.."hmm..akk tak pandai la"

dan tadi..dia marah sbb org panggil dia untuk setup prop. diakan teknikal. mestila jalankan tugas sblm berlakon. tak kan org da berlakon br kelam kabut nak setup itu ini..entah kat mana akal die agaknya. kata bodoh..nnti marah..kata lembap..nnti menyinga..

tapi nak buat macammana..dah itu hakikatnya..

puan kamariah...mengapa susah benar untuk bekerjasama? sila jangan budget bagus..

lepas ini akan ada lakonan untuk pertandingan drama pula. jika aku menjadi cik pengarah lagi. mintak maaf. smua watak aku tidak akan beri kepada dia..biar..markah dia kosong untuk kerjasama. daripada menyampah bila di suruh tidak buat. lagi baik...abaikan dia biar terkontang kanting. kau buat..ini balasan kau. kau nak..kau kena terima..

thanks to all my classmate sbb bg full comitment..
thanks to kak timah..even tak sihat..stil jugak buat kerja dengan laju utk naik kan prop...
thanks to penari..sebab ber iya2 berlatih..
dan terima kasih semua sbb kita berjaya bekerja sama.


satu kepahitan itu, akan jadi satu kenangan manis..
dan jika di ingat..
ini adalah usaha kita bersama..
linda.normah.yasin.d.azah.along.ibrahim.dayah.yan.siti.zu.ibah.hari.ravi.ing.timah dan farhan.

Friday, April 2, 2010

maharani..

sedar atau tidak.
entah bila bermula.
gelaran itu jatuh juga padamu kakak..
bukan aku yang bagi kau.
tapi.
itu perangai kau sendiri

bukan aku yang anti dengan engkau.
tapi rakan2 aku.
bila mereka menghasut. jiwa halus aku..dalam sedar atau tidak..sudah pasti termakan.

tak sampai setahun kakak.
kita cuma ada setahun di sini.
maka kakak..
sila ubah perangai anda.

kakak..
aku tahu..aku belum berumah tangga. aku tidak faham kau punya anak.
kau punya suami.
tapi kakak. aku punya akal untuk berfikir.
kakak..
sila berubah ye kakak..

ini nasihat ikhlas..



Sunday, March 28, 2010

jika susah benar mahu ke langkawi..mari kita ke.....

tinggal 2 bulan je lagi cik lina kat cheras.
banyak benar aktiviti yang menginginkan kami bergerak cergas.
salah satunya perkhemahan BSMM ni la
uhuh...
entry ni sebenanya lebih dtujukan buat bdk2 kelas cik lina.
cik lina nak terangkan satu2 takot tak jelas.
so bia cik lina tulis..bg dieorang komen.

oleh sebab percutian kita untuk ke langkawi itu sangat lah tidak teratur, cik lina di sini ingin membantu. harap2 ape yang cik lina cari ini dapat dikonesi bersama. jika tak nak pun tidak mengapa. sebab ini cuma cadangan.

cik lina dah bc komen budak2. nak pergi tempat yg dekat. dari mula lagi cik lina da pesan..daripada nak pegi tempat jauh..baik cari tempat dekat dan banyak aktiviti. badan tak penat dengan perjalanan. masa yang kita ada juga lebih. maka begini lah
cik lina cadangkan
jika susah benar mahu ke langkawi, (menunggu sesara sedari nak tlg konfirm..) maka cik lina cadangkan kita ke tempat reakreasi ulu bendul.
sapa tau?
angkat tangan.

cik lina dah survey dah smua berkaitan ulu bendul ini. pengangkutan dan yang paling bagusnye..tempat penginapan.
ok2.
1st..cik lina nak bgtau pasal perjalanan dulu
ulu bendul ni terletak di kawasan jajahan kuala pilah di pinggir bukit putus. jarak dari seremban adalah 25 KM dan 5 KM dari pekan kuala pilah. untuk kesini. kita ada beberapa pilihan
1. menaiki kereta sendiri. (tong2 wit minyak n then kita bincang, sapa nak share ngan sape)
2. menaiki keretapi hingga seremban dan bas ke kuala pilah (ini adalah sangat meriah bila pergi bersama2. yang penting kn kerjasama. dan time ni...pengangkutan untuk lect. kita boleh pk kn)
3. naik bas maktab. oleh kerana ini adalah urusan pembelajaran (tertakluk bawah aktiviti kokurikulum..)..oleh itu, jika boleh memohon.
4. naik bas ekspres ke seremban / kole pilah, then kite naik bas sangkut2 dari kole pilah / seremban.

dari segi masa perjalanan. cik lina rasa benda ni tak menjadi masalah sebab....jarak KL ngn seremban kan dekat. so dalam sejam..kite sudah sampai..=)..

ok..
yang kedua adalah..penginapan..
cik lina da suvey. di TRUB (taman reakreasi ulu bendul..cey..clas x nama)..ada jugak di sediakan chalet utk penginapan. 1 night = RM 30 aje. so bg lect2 kesayangan, kita boleh la suruh dieorang menginap di situ. tidak terkecuali juga ibu2 manja yang mahu tidur di chalet. asal ada ongkos. hal lain tidak perlu risau dong.

"There are chalets for rent at the Ulu Bendol Park for only RM30 per night. These A-shaped chalets are basic so bring along your own bedding and basic accessories. For more information and reservations please call : +6 06-760 1321, +6 06-760 1345, +6 06- 481 1036 " ..wah siap kasi contact

second choice utk penginapan adalah BERKHEMAH. cik lina suke..hehe
utk pengetahuan smua, TRUB ni memang menyediakan tapak perkhemahan khas. selamat dan bgs. tak pyh nak tarah2 pokok da cari tmpat selamat nak buat khemah. dtg2 bentang khemah. tido. ahaha.. sekurang2 nya tak dpt berkhemah kat pangkor. kita berkhemah dlm utan. amacam??

dekat ctu jugak ada homestay bakinang...so kalo tanak chalet..bley la pi menginap di hoemstay bakinang.

ok..masalah 2 bende tu cik lina rasa dah ok..

aktiviti/pengisian la pulak kn..
cik lina rasa..kita tak menghadapi masalah untuk buat bakti siswa BSMM pon. N9 sgt byk ombah2 yg sudah tua utk di tolong. =).
boleh jugak buat jungle treking.
juga boleh panjat gunung angsi.
mandi air terjun
buat game pola air..ehehe..tetibe.
malam kebudayaan kat tapak khemah
barbeque..time malam2..
um...leh pegi mancing udang jugak kalo tak silap.
nak agak historical cket..kita pegi ah melawat istana seri menanti. tak pun melawat teratak za'ba..uhuhu..

ha tgk..
byk kn..
so kawan..
apa lagi?
sila komen..
ni ade cket gambo utk tatapan.

Notakaki : sblm lupa..ulu bendul ni = air terjun. so no sunburn mcm pi pantai





Friday, March 26, 2010

eh2..tolong jangan........

semuehehe..
lama cik lina tak cerita ape2 da dalam ni. dan post sekarang ni lebih berkisar hidup kat maktab..uh..mestilah boring dan trase mcm baca blog budak2. pdhl satu masa dulu cik lina ni doktor cinta..*_*..uhuuuuuuuu

cik lina tak sempat sangat sekarang nak update blog selalu. sebab tu cik lina jarang jugak berblog walking. bz sampai tak sempat. kesian.

sekarang ni, cik lina dalam kursus KPLI --> bakal cikgu math. cakap pasal cikgu ni..cik lina nak share pengalaman cik lina masa alam sekolah dulu. time skolah menengah. cik lina banyak kenangan manis masa sekolah rendah --> sekolah menengah rendah. smua cikgu cik lina kat kampung baik2 belaka. faham murid. penuh sabar mengajar.

tapi..sebab cik lina teringin nak masuk asrama, cik lina daftar di sekolah TEKNIK JB. ada pengalaman pahit dan manis kat cni. kat cni la cik lina kenal kawan2 rapat cik lina. kenal BF cik lina sekarang dan cik lina kenal cikgu2 yang cik lina rasa kurang layak untuk jadi cikgu..memula cik lina fikir jugak, cik lina ni memang kampung sgt ke sampai tak boleh terima ajaran cikgu2 bandar. sedih...cik lina terasa bodoh time blaja kat bandar.

cik lina bukan nak buruk2 kan cikgu menengah atas cik lina, tapi cik lina nak buat perbandingan. so dari entry ni, harap2 cikgu2 bandar yang membaca boleh faham situasi ini. cik lina harap sangat sekarang ni..cikgu2 cik lina ni da pencen..sebab pengajaran dieorang---> sgt memilih kasih.

cik lina dapat rasa cikgu2 bandar cik lina time kat teknik tu cuma pay attention kat budak2 yang memang excellent. dan kebanyakannye anak orang berada. anak orang ternama. time tu..budak2 kg n tak pandai ni terus di label sebagai "bodoh dan sila duduk diam2..time orang belajar sila belajar sendiri". berbeza dengan sekolah kg..cikgu2 sangat ambil berat, rajin buat kelas tambahan utk murid2. sekali pun cik lina tak pernah ingat yang teknik tu ade buat kelas tambahan. huuuuuu

cik lina juga rasa cikgu2 kg ni mengajar lebih ikhlas. dan sedaya upaya fahami student. cik lina pun bakal cikgu..sebab tu cik lina boleh tulis entry ni sekarang. sebab apa yang cik lina belajar..langsung tidak sama apa yang cik lina jumpa masa belajar. bagi cik lina..kebanyakan cikgu teknik cik lina dulu sangat lah mementingkan diri. so cik lina terfikir balik.
mungkin tu sebab didikan dari maktab kot. ataupun cikgu duduk di bandar tu rasa diri mereka sangat bagus?? naknye la cik lina tau..

antara perangai cikgu yg cik lina tak suka
1. cikgu yang emosi - dulu cik lina ade sorang cikgu BM. cikgu ni cukup sencitip. ade satu masa kelas cik lina lupa padam padam papan hitam. cikgu tu masuk, then kiteorang stil buat taktau aje. tetiba dia hentak buku kat meja. keluar kelas mengadu ngn guru kelas kiteorang n then pegi menangis..*_*..uu..gediknye
2. cikgu math - satu hari cik lina lupa bwk buku teks (xkn ttinggal pon xleh?)..tnpa tanya alasan, cikgu tu terus ngadu ngn cikgu kelas cik lina. pdhl time tu cik lin buat latihan siap kongsi ngan kwn. bkn tak buat pon. sebab cikgu mulut itik tu la cik lina kena tempeleng depan kelas. naseb cik lina kebal time tu. nak nangis pon tanak sbb tunjuk degil. haha. cikgu itik ni sangat la menyampah. dia rasa die cikgu paling pndai. dia cabar cik lina dapat 100 m next ujian. sbb menyampah tengok dia juih2. cik lina dpt gak markah tu.


dan antara cikgu2 yang best tu..cik lina paling sayang cikgu tan sui hiong. cikgu addmath cik lian. dia sgt best. cik lina syg dia.

so..tlg la cikgu2. jangan jadi emosi dan pilih kasih. ajar lah murid seiklas yg boleh.

Nota: cik lina suka jadi cikgu sekolah rendah. sebab cik lina rasa. itu permulaan mereka. betul cik lina didik, sampai besar ilmu dibawa.
Thursday, March 25, 2010

botol cantik.






nah amik gamba2 ni buat tatapan. cantik.


Wednesday, March 24, 2010

lagu hari ini


saya ada kuda
dibuat oleh ayah
leher pakai tali
kudaku mahu lari

oh kudaku garang
ekornya sangat panjang
kuda ayah buat
dari pelepah pisang

...hari ini suruh budak2 darjah 2 nyanyi lagu ni..then buat kuiz utk dieorang alert
perkataan baru untuk budak - budak hari ini ialah
1. experience
2. punishment
3. blue eyed cat

dan..ni saya dapat dari you tube..mari berkongsi..


Tuesday, March 9, 2010

budak vs pegawai

huuu..
sk seri dayong..mekar bertambah seri 2x.
panjang umur murah rezeki...

ecey2..tak sangke aku..ingat lagi lagu sekolah rendah zaman aku dulu2. semalam 1st asembly aku dekat sekolah rendah bergelar chegu..
wah tak sangke..kedatangan aku di terima dengan hati terbuka oleh budak2 n chegu2 kat cni. hari pertama je dah brebut2 budak nak salam tangan aku..*__*..itula seronoknye jadi chegu sekolah rendah. disayangi murid2.
iyela..budak2 kan tak gheti sgt pk lg..die tgk chegu cantik je..jujur dia ckp..
"chegu lina chantik..chegu masuk kelas saya kan.."..pagi2 turun kereta je budak2 da tego..
"chegu aja kelash sayer ek chegu??"..
"tak..arini chegu aja kelas dajah 2..kamu dajah 5 kn.."
then..die wat muke kecewa..
haha..kiut gle..

semalam adalh hari ptama buat kelas...tetibe je smua nak dtg umh..uh2..konfius..arini aja kelas PJ...smua tanak brenti pulak..then esok tatau lg...*_*
dan mintak2..semangat mengajar ini...kekal sampai bila2..

dan kini
dah jatuh cinta dgn dunia pengajaran


notakaki: lagi seronok ajar budak2 dari ajar pegawai2 yg rasa dieorg pandai (pdhl tak..)..mls nak ckp byk..korang pk ah sendiri.=)


Sunday, March 7, 2010

di risik lg..


sejak kebelakangan ni. masa selalu mencemburui aku. 24 jam terasa sangat suntuk untuk dibazirkan. sampaikan bila aku baring-baring tanpa tujuan, mesti badan rasa tak selesa. mesti tangan secara automatik nak amik buku baca.
jgn slh anggap lak aku asik maen game fesbuk. yg tu bkn aku yg main. aku dah upah jin supaya jg tanaman n kucing belaan aku si chichi tu. kalau tak..jenuh la aku. tapi upah jin pon kene bg makan gak.
minggu ni minggu SBE @ dalam bahasa melayunya adalah pengalaman berdasarkan sekolah. sekejap je rasa masa berlalu. dah masuk bulan 3. habis SBE dah bulan 4..then lagi 2 bulan aku akan posting mengajar. rasa macam tak cukup persediaan lak. sedangkan budak2 ijazah perguruan masih sibuk tunggu panggilan intbiu n posting. aku dah nak praktikal. hm..bgslah..=)..macam masuk akademi fantasia. kejap je da leh klua jd penyanyi. cuma yang membezakan nnti adalah cara bekerja.
satu perkara yang aku betul2 kurang gemar adalah pensyarah2 memandang KPLI ni sebagai fast track yang akan menghancurkan sistem pengajaran. tidak seperti pelajar PISMP. hm?? dimana logik kenyataan itu. perkara ini berkisar kembali dengan didikan mereka semasa dimaktab. aku rasa...kami cukup terpilih untuk menyertai program tersebut. kami bukan calang-calang orang yang tangkap muat. berbanding dengan pelajar yang terus memohon memasuki maktab. belum tentu mereka berbakat. cuma yang membezakan kami ialah latihan. tapi dari segi pengalaman dan cara menghadapi dunia luar. ternyata kami lebih unggul..=)

SBE, aku lakukan dikampung halaman. dan kiranya aku baru sahaja pulang dari perantauan. panas macammana pun johor..aku tetap suka duduk di rumah sendiri..

kali ni aku nak berkongsi cerita. cerita ni aku perolehi dari emak semasa aku menjamah makanan ketika pulang semalam.
emak kata, sabtu lepas..ada orang datang merisik. aku pun buat muka pelik..aku cuma sampuk 1 perkataan.."merisik lg?"
mak terus buat muka excited mahu meneruskan cerita. "ye..merisik..cik misah kau yang datang tanya.."
cik misah? terus kepala otak aku berlegar2 mencari jawapan. sejak bila pula makcik sepupu aku tu ada anak lelaki bujang. tapi aku biarkan emak terus bercerita. ayah dari tadi diam meneguk air nescafe.
"ye..dia tanyakan engkau untuk orang parit HJ NOH. anak si HARUN"
aku terus tersentak. tapi mak stil wat dono. trus bercerita.
"dia ckp pernah anta kau balik sekali. then die cakap kat mak dia..berkenan kat engkau. dia tu kawan bangjak kan.."
"oo..."aku terus tak tahu jawab ape..dalam ati berdebar jugak. trus aku tnye mak
"then..mak jawab ape?" "mak jwb..nnti mak tnye tuan empunya diri"

hal2 lain adalah *rahsia*..hehe..perbualan dengan mak aku hanya boleh dirakam sampai ctu. aku terus la terpk..bukan susah kalau jadi gadis kampung ni nak kawen. terima je lah risikan2 orang. seminggu kemudian, mesti dah bertunang *__*.
aku kan da nak posting..so kalau la aku kawen dlm masa terdekat..mesti aku dpt posting kat kg ni sebab kawen dgn org kampung kn..kn?
huuuuu

hei2. tapi aku tanak la..buatnya aku stil kene posting sabah sarawak..kesian kat suami aku. baik la idup single mcm sekarang. risaukn mak bapak je...itu pun ade abg yg tua tlg tengok2 kan..tgh2 taip ni..tbe2 je si NURIN call. dia ckp dia nak tunang..
so..congratulation at advanced for nurin n emy...
dan pasti..11/6 kena masukkan dalam takwim wajib utk pergi. nantikan aku bumi segamat..*>*.

dan dengan lega aku nyatakan
1. vdeo & report utk teknologi pendidikan - fraction year 3 - DONE
2. slide & report utk teknologi maklumat - fraction year 6 - DONE
3. Bahasa Melayu Komunikasi - laporan & shooting forum - DONE
4. Ilmu pendidikan - behaviourism slide - DONE
5. Ilmu pendidikan - peta minda utk bimbingan & kaunseling - ALMOST DONE (1 part je lg)
6. PJ - gerakan asas & gerakan kreatif - yg blm adalah practise & cari lagu
7. Math - RPH, weekly & yearly - DONE
8. BI - RPH & scheme of work (1 year) - tinggal nk msk kan sound system,CCTS, moral value
8. Math - SBE report.

so..ade lg x?
harap2 tade yg tertinggal..
memang ptt pun sejak kebelakangan ni demotivate n tade mase utk diri sendiri. even nak berblog pon tak tau nak buat bila.
ni nasib dah ade kat umh..
dan berblog ble ade cerita nak dikongsi..=)..
Saturday, February 27, 2010

stail lelaki..

ha..
sila tengok.
pipi sudah tembam..bontot makin lebar..muka makin kedut..:(
tapi rasa hari2 tetap same. kalau nak dibanding beza 10 tahun dulu dengan sekarang..yang banyak berbeza adalah kehidupan.
dah lama tak tulis entry ringan aje..cerita hal2 peribadi.
shit btol fesbuk..
aku nak pi buang akunye link ke blog dr ctu..tak jupe lak..
dah la sekarang panas membahang, mood pon jd tak ok. rase nak letup2 kan kepala orang je.
dengan perasaan de motivated n insecured lg..haih payah..

aritu..ade sekali, aku balik kg. then mak aku tbe2 tanye lg soalan cepu emas..
"kau kawan da lame..bila nak ikat??"
aku tunduk diam je..dan aku buat2 tak dengar. orang tua, kalau dah sebut soal tu..memang susah nak berenti. kan ke senang time mak aku cakap2 camtu datang putera raja kaya dari mana2 pinang aku.

aku pk balik fakta2 orang yang kawen cepat. kebanyakan orang yang kawen seusia aku sekarang, umur hasben dieorang mestilah 30 thn ke atas. yang mana time waktu ni..adalah waktu sesuai lelaki mendirikan rumahtangga. bersedia dengan komitmen dan berkemampuan. so salah aku jugak dulu, tak nyanyi banyak2 kat dapo, sebab tu sampai sekarang tade orang tua yang dtg minang.

walaupun aku rase jadi lelaki payah, tapi jd perempuan ni lg susah sebab bila umur macam aku orang da chop sbg anak dara tua..:)..tapi time aku kerja dulu, aku tengok rilex je orang2 keliling aku tak kawen. mungkin jodoh tak sampai. even jiran akk aku pun tak kawen sampai tua. sekrang ni aku jupa ramai gak lect perempuan tak kawin. aku pk gak knape..then aku simpulkan sbg..time dieorang muda dulu, dieorang bercinta jugak, tapi lelaki yang dieorang kawan tu tak bsedia nak hadapi komitmen, taraf hidup tak tetap, main3kan perasaan dieorang. sedangkan dieorang adalah wanita sofistikated, pandai, berjaya dari segi hidup. lalu..say gudbye adalah langkah terbaik dari membabitkan diri dari kancah masalah

tapikn,,mesti bengang bila, masa kawan dengan kita, punyalah liat nak kawen, tak bersedia nak ade komitmen la...takde duit la..tapi bila putus tak sampai setahun, tau2 je dia da tunang nak kawen. haha..
itu namanya ape?
aku pun perhatikan benda ni. biasanya 2nd couple kepada lelaki yang pernah menjalinkan hubungan dengan perempuan dlm tempoh masa lama akn mendapat untung.
kenapa aku ckp macam ni? sebab
1. lelaki tu myb da serik hilang awek. so trus ajak 2nd couple kawen cepat2
2. dieorg ckp mls nk bazir duet byk2
3. dah gian sgt nak kawen
ha..nak salahkan sape tu?

dari point of view aku plak, aku lg kesiankan dkt awek 1st tu sbb
1. da la penat tggu jantan tu, sbb dah tak thn mintak ah clash..sbb couple da lame sgt tade prubahn.
2. dia akan menjadi orang yang sggp bersusah pyh bertahun2 tapi kurang dihargai sebab bila couple da lame..smua tu da jd lumrah. iyalah..perempuan bukan berkira sgt.

dan kesimpulannya. jgn couple lame2 sbb
1. rugi
2. tak dpt ape pon

sebab..kawen tu tak sama dengan mase couple..:)..so..mari2 mengorak langkah mencari pasangan baru. couple 3 bulan..trus kawen @ suruh je emak bapak ko terima pinangan orang kg.
yelah..kalau ikotkan..dah berlambak da org msk merisik. sbb tggu sorang...habuk pun takde..
tapi..
setiap orang tu kn ade jodoh masing2.
*****************************************
notakaki: kwn aku si peah rase2nya da clash. kesian kat dia. mcm tu ah lelaki. time nak di timang2. time tanak men buang. takpelah peah. myb nak dpt org yg lg bgs tu..:) go go chaiyuk girl..kumbang bukan se ekor, tapi memang susah nak jupa kumbang yang setia pada 1 bunga. sifat asal dieorang..
TAMAK & HALOBA..

Wednesday, February 24, 2010

berita terkini..siapa yang perlu bijak?


sejak duduk kembali di asrama, masa berpoya-poya dan menonton rancangan TV terpaksa dilupakan. dan kalau berkesempatan, aku perlu melayari suratkhabar online utk mengetahui berita terkini.
tak lama lagi bulan 3 da nak start. bulan 3 akan ada school based experience 2 minggu, dan cuti semester selama 1 minggu. cuti -cuti pon..kemungkinan kursus bina insan guru jatuh pada hari cuti tersebut.
sekarang tengah kecoh berkenaan pengharaman perarakan maulidur rasul. tak kisah la di surat khabar, di status2 facebook, tak kurang juga penulis blog. semua mengulas berkenaan hal ini. aku sekadar mahu berkongsi idea. aku tak mahu, setiap insan yang tahu berfikir..ketandusan idea untuk berfikir secara waras berkenaan hal ini.
ini pendapat aku, secara jujur, ini pendapat peribadi.
banyak blog berkata, perkara ini di politik kan, dan bersetuju bahawa, tidak salah membatalkan perarakan tersebut. pelbagai cara lain boleh di buat, dan perkara ini semakin berlanjutan bualannya.
mungkin...alpa @ setiap manusia itu lupa, setiap perkara yang dilakukan itu mempunyai niat tertentu. ada orang kata...berarak itu bida ah semata..hm??? komen??
aku tidak kata orang itu jahil. tidak.
memang benar, perarakan itu tidak pernah di wajibkan. dan mungkin, ia telah menjadi satu kebiasaan dari kita. semua itu benar. tidak ada yang salah wahai sahabat dan ahli pemikir.

aku fikir..semua itu adalah satu pendekatan mulia, pendekatan mengingati junjungan besar kita. tidak salah berkumpul dan mengingati baginda, berarak sambil berselawat, menjalin ukhwah yang erat sesama agama. aku cuma ingin berpesan,
kawan,
jika tidak gemarkan parti, jangan campur aduk kan dengan agama. itu penting.
berarak itu salah satu amalan mulia yang cuba di terap kerajaan, pendekatan yang dari dulu aku rasa berjaya. tapi, aku juga tidak menyangkal bahawa, lagi elok jika perarakan itu di tukar ke majlis agama. tapi kita kena melihat kesesuaian majlis, sambutan orang ramai dan kesediaan hati masing-masing untuk menyertai.
menjadi lumrah manusia sebenarnya, perkara yang menyeronokkan pasti akan mendapat lebih sambutan. so dari cni. tepuk dada..tanya lah hati.

ramai berkata, berarak bukan main, tapi...rasuah..mengumpat..dan pelbagai maksiat masih diteruskan..utk apa..
hai kawan. jika aku kata kamu bodoh..kamu tidak akan mengaku, jika aku katakan kamu pandai...tidak pula nampak tandanya..:)
jika sekali pun kau buat ceramah agama, pendekatan lain, berjuhud dan berjihad semua. jika hanya kau yang mengimarahkan majlis tersebut..berjaya atau tidak membanteras dan memusnah semua gejala negative itu? jawapannya pasti tidak BUKAN?

dan disini, penekanan aku,
jangan kau hanya menunding jari atas apa yang orang lain lakukan jika kau tidak tahu apa makna kebaikan. dan jangan pula kau bodoh, mengikut orang yang sudah2 tentu kurang arif dengan agama kau.
sebagai insan, fikir, mana yang baik itu, jadikan sempadan, yang buruk itu, jadikan tauladan.


Tuesday, February 23, 2010

watikah perlantikan


ok..
sekarang ni dah bukak blog di sini. sgt berterima kasih dengan keprihatinan pihak tertentu. bagi aku sendiri..nak buat ape block2 benda yang takde apa nak di block, lain lah laman web lucah or what.

dan sekarang ini, kiranya sangat suka kerana boleh update blog. boleh share2 cerita dan sebagainya. dan tak lupe..lepas ni boleh la share gambar2 yang aku dah snap sepanjang kat cni. aktiviti yang menarik aku join setakat ini adalah
1. larian mesra
2.makan malam bersama JPP
3.watikah pelantikan
dan tak lupa juga hari sblm watikah tu.
macam2 nak kena buat. bunga telur, tepak sirih, bunga manggar..and even backdrop pon kiteorang sendiri siapkan. no exco yet. tapi..kene gak kerah kerja. nasib la AMT aku sangat2 memuaskan hati dan tidak merungut bila di suruh buat tugasan. sgt2 bersyukur.
rasa menjadi salah seorang AJK tertinggi di sini sangat menggembirakan.
1. sebab boleh berkongsi pengalaman
2. dapat membanding beza, apa itu pengurusan di maktab dan pengurusan kepimpinan di U
perkara pertama yang cukup lain adalah
1. kalau dulu, adhock tak datang buat kerja wlpn dah di pesan..lepas tu boleh bambu je..yelah..tau nak glamer..tapi keje hampeh..memang dah lama da aku sembur..tapi sekarang....terpaksa byk bersabar..yelah..dengan budak2..maunye tibe2 je aku marah..menangis kang
2. time menulis sekarang ini, aku tengah sakit perut sebab period pain. so..mood adelah sangat tidak ade..patut ah bf aku ckp..2 3 hari ni asik mengamuk n wat perangai aje.
3. kat sini, pihak kepimpinan lebih bergantung kepada penyeliaan HEP, semua adalah bergantung kepada hep, berbanding dengan kepimpinan U, aku rasa..semua adalah self relience.


dlm kelas ni..:)
nk wat vdeo guna muvi maker..asignment tuh..
da..tata


Friday, February 19, 2010

penyabar..itu sifat cikgu


ok..
bukan senang hidup di tempat blogspot telah di band. kongkongan sangat lah terasa bila tidak boleh meluah idea di sini. sorry to all.. lama gila tak berkongsi cerita. hidup sekarang cukuplah lain berbanding zaman aku berblog dulu-dulu. kali ini..ayat mesti jernih..baru mencerminkan aku bakal guru yang benar-benar mampu mendidik anak murid..eceh..

1st skali sblm terlupa..congrat to astriyana anuar..wedding dia aritu..n to yana OSCC n EIJAT..dah bertunang da dieorang..:)

kehidupan di institut perguruan sangat lah tidak sama macam universiti. masuk universiti kita rasa kita orang yang pandai. tapi masuk ke sini memerlukan seorang yang
1. mentalnya sihat
2. fizikalnya cergas
3. otaknya juga cerdas
bila anda mempunyai pakej dan yang penting mempunyai azam. sila..mohonlah KPLI sebagai pilihan anda. waktu paling sarat adalah bila aku terpaksa berlari padang 3 pusingan. lompat jauh..lontar peluru..main hoki.semua itu setakat ini aku lakukan dengan senyuman. bakal cikgu berhemah la katakan.
macam-macam aku ingin lakukan perubahan bila mengajar. semangat sudah ada..cuma aku cukup takut terpengaruh dengan environment sedia ada. de motivated oleh senior yang akan cakap aku
1. budget bagus
2. takde pengalaman tunjuk pandai
3. pembodek guru besar

aktiviti aku dah cukup padat dengan semua jadual akademi. tapi untuk menjadi insan yang seimbang. aku stil tawarkan diri utk hias board math yang belum siap2. join kumpulan kepimpinan pelajar di Institut dan kalau boleh, aku nak join balik kelab tarian.
even that. nak wujudkan satu website JPP guna joomla. :). memperluaskan bidang open source ke mata para pendidik.

setakat ni. aku rasa belum lagi ade kait mengait entry aku dengan tajuk. ye tak.
ok..sebenanye..cikgu lina taktau nak letak tajuk ape..

kebanyakan entry lepas ni pasti berkisar kehidupan di institut sepanjang mengikuti kursus ini sebelum posting.
pk2..asik belajar..bila nak kawen ye?
mak......tolong kawen kn sy..


Wednesday, February 10, 2010

.tiada tajuk.

aku baru baca satu artikel apa-guru-perlu-tahu-tentang-guru.
muhasabah diri itu perlu kadang -kadang
dah balik ke maktab. hidup agak lemas dengan tugasan. tapi tetap ada keseronokan dengan cara yang lain. orang lain tak rasa berpindah randah macam aku.
tadi..cuba menjawab soalan akhir tahun. gementar tatkala mendengar soalan di baca. sungguh. kertas itu lagi rumit dari kertas sebelum ini. mungkin jugak sebab aku dah lama tidak menjawab sebarang peperiksaan. hampir 2 tahun barangkali.=).
ketandusan idea sebenarnya benar - benar mengganggu penulisan aku. tatkala aku duduk berangan sahaja, bagai mencurah idea itu..bila tatkala jari mula memetik papan kekunci, entah kemana idea tadi kering terserap. maka..entri sangat jarang kunjung tiba.
urusan papan iklan di tanah pusaka mak ayah masih lagi tergantung. lambat sungguh syarikat itu bertindak. aku selaku client hanya perlu melihat dahulu perjanjian yang telah di buat. suruh di emel pada aku. haram..dekat 6 bulan menunggu. alasan memang banyak diberikan. tunggu sahaja hujung minggu ini. kalau ada rezeki mak ayah..dapat la bergoyang kaki..bersenang lenang..=)
nyata perasaan aku. rindu telatah nakal 2 Elite, gurauan 4 Dedikasi. Mereka itu memori. sangat gembira dan teruja rasa hati aku tatkala melihat mereka amat berselera meratah mee sup yang aku sediakan. penat lelah 1 malam bersama hidayah bagai hilang di tiup angin. dan tika itu aku sedar. keikhlasan tidak mampu di bayar dengan apa jua.
aku gembira, mereka memuji masakan aku, kad - kad comel sebagai pengganti diri menunjukkan mereka menghargai aku. kalau mereka mahu tahu. aku pun sayangkan mereka. marahkan mereka supaya mereka menjadi pandai. denda mereka supaya mereka sedar. yang mana salah yang mana betul



~.lynn.~

page

Followers