Pages

Tuesday, June 15, 2010

hidup di kampung sangat menarik bila........

huu..
sekarang ni tengah seronok duduk di kampung. sambil bagi tuisyen kat muhammad aliff fitri haqimi ini. time makcik chumel die ni ade kat kg la baru rajin cket nak buat latihan segala. kalau tidak..eish..buku latihan dia..langsung la tidak bergerak.
tgk..tekun tak die..hehe

dan dengan idea dari shahrul, aku cakap pada alif, setiap sehelai buku latihan yang dia siapkan, aku akan upah RM 0.20. huu..aku bukan apa..nak dia jugak pandai.

abah aku tengah sakit perut. paksa makan pun tak mahu. bawa pi klinik pon dia taknak. mesti sebab dia takut kene tahan kat wad lagi tu. mak aku cakap..abah tu kene chike malam. itu 1st time aku dengar perkataan 'chike'. ngeri sep.
nak tahu ape itu chike? xtuallt xtau camne eja sebenar. chike tu mak aku ckp mcm antu mlm la kirenye.
kejadian chike ni bila orang baru dtg mlm2. umh aku da la di ceruk kg. kalau mlm memang la ngeri. 1st kejadian chike dl kene kat mak aku. time tu kawan2 aku dtg dr KL. mlm2. tetiba je mak aku trus sakit perut. panas bdn n trus demam. pdhl b4 tu elok aje.
dan skang berulang lg bila ank angkat mak dtg mlm b4 abah sakit.
aiyok..
dan semalam jugak, aku nampak 2 ekor kucing baru yang datang kat umh. selain kontot dan tet, umah mak sbenanye ade lg 2 ekor kucing yang abah bela. si cacak n belang 3. tapi sebab belang 3 da hilang, datang la pulak kucing lain. kucing2 baru tu mak bagi nama
1. kabir sudin.
2, kureng jamnah.
ha tu dia kureng jamnah. tau takut nk dekat. aku try cari si kabir sudin nak tangkap gambar dia. time ni la die sibuk sembunyi. ceh..

oh..ini bukan si kabir, ini si cacak, ayh kepada kontot, tet n belang 3. gemuk sampai jalan kengkang2.

entry yang aku nak buat sebenarnya pasal entry budak 2 tahun merokok, tapi tak jadi sebab aku kene story benda ni dl..=p..

dan berita gembira lagi sebab aku dapat lagi 2 orang ank sedara tahun depan. so maknanya aku tak leh la nak buat kenduri kawen taun depan, kalau tak..mesti kurang 2 tenaga orang perempuan sebab akk n kak aja akan skip n ckp tak lrt nk nolong.
huhu..
so..kene tangguh kawen lg..

Wednesday, June 9, 2010

kenangan part 2

semua sebenarnya manis belaka bila kita dapat sahabat yang benar - benar meninggalkan kesan.
sekarang.
lebih kepada debaran menunggu jejaka kacak itu menjemput aku. hmm..memang..sejak awal couple dl..perasaan aku setiap kali ingin berjumpa akan terasa seperti sekarang. penuh debaran. huuu..bukan setahun dua bersama. tapi perasaan itu kekal sehingga sekarang. =) bunga - bunga cinta masih berkembang mungkin.

oh..
aku ingin bercerita tentang lawatan ke JB. akhirnya..berjaya juga lawatan penuh kontroversi itu. hmm..bgs..bumi JB semacam memahami, aku amat terluka sebelum kami ke sini. dan semasa lawatan itulah, bumi JB menumpahkan tangisan yang bukan sikit-sikit. dan akhirnya..semua perancangan mereka tidak berjalan lancar.

aku tak kata apa2. lihat dan gelak2 sahaja.

dlm hati kata.

pdn muka.

dan aku berseronok bersama yang tersayang..=)

petting zoo di danga

cak. pasangan bahagia

alolo..chumel..




dan akhir sekali. makan di sini.

kenangan part 1

aku sangat sayangkan kenangan ini..dan berkahir 1 sem di cheras. sem depan, bukan sahaja dugaan baru, malah environment br. minggu sebelum cuti, berlangsungnya pesta konvo.
aku sangat sibuk. terlibat dengan kolej, jawatan JPP dan juga sebagai salah seorang ahli dari kelas matematik.
alhamdulillah, dengan berkat sokongan rakan yang tidak pernah putus asa memberi sokongan, ketiga-tiga tanggungjawb aku dapat setelkan.
1. hari terbuka kolej.
pelajar kpli diminta untuk melukis mural di pintu hadapan kolej kediaman. kami sebenarnya berlima. tapi aku seorang dari matematik. kelibat yg lain hilang tatkala tugas tersebut perlu dijalankan. mahu atau tidak. aku perlu lakukan. mana nak letak muka kalau dikata kpli tidak bermutu.
tak mahu aku.
dan ini hasilnya..
walaupun hanya pokok biasa. ianya meningalkan kenangan..
2. urusan JPP. meeting utk menguruskan minggu konvo bukan mudah. terkejar itu, terkejar ini. nasib mendapat teamwork yang memberangsangkan. tahniah pada JPP teknik. lambat laun, pasti akan ada report mengenai hari konvo.

3. tugas terhadap kelas. sedang aku melukis, aku nmpak ingboonkeong berjalan. kesian. dia cari kawan dia yang lain. mahu buat pameran teaching aid. tp teaching aid tak ada. aku dermakan sekotak teaching aids. semuanya bukan sebab aku bermurah hati. semua sebab aku sygkan kawan aku si ing tu.
kali ini aku terlibat dalam jualan. wlpn ada diantaranya lari dari tugas. semua itu telah dibebelkan mentor kami. wlpn aku sibuk, tugas tetap tugas. penat seharian di kampus tidak menghalang aku bersama along.d dan azah untuk tlg puan norehan menggaul ayam.
hmm..kenangan. mana mungkin hilang.



ayam ini telah siap digaul. begini rupanya sebelum di simpan di peti ais

















proses penggaulan
















team of the day



















azah




















d..kontot sgt nama..hidayah la..




















along

dan incident di atas bukan mlm pertama.
ini adalah malam kedua kami melakukan kerja memerap ayam tersebut. kali ini di rumah azah.
tp..tak ade gmba aku..haish

kami mahu lakukan. dan ini kerelaan kami. kerana aku dan mereka tahu yang ini adalah tanggungjawab

Tuesday, June 8, 2010

lata

baru pulang dari lata jarum..
akan update tak lame lagik.
sgt teringat air yg sgt sejuk itu

Saturday, June 5, 2010

sunyi

hostel kosong
esok mau pegi kem.
tanak pegi boleh?
YDP?
boleh pertimbangkan?
saya demam.

Friday, May 28, 2010

kenangan untuk aku...

nak buat entry ini.
supaya 10 tahun akan dtg
time da tua2. bila bukak blog balik..boleh recognise kawan2 seperjuangan di maktab.
tapi tak semua gambar ade.
1.sbb mls nk cari


zu


normah

hari


ct

yg dpn tu D

yaasin

yan&azah

paan

kecik

ing

brahim

zulhelmi aka ALONG

dan yang comel ini saya..=)..

byk kenangan pahit n manis di tempuhi bsama.
saya sgt syg kwn rapat sy..
*************************************

kehidupan yang sangat padat.!!

rindu..nak menulis di sini.
sangatlah bz start minggu lepas lagi. bermulanya hari isnin dengan sambutan hari guru, ek salah b4 tu lagi..sabtu ahad..sibuk menyiapkan perasmian dan upacara untuk hari guru 17 mei di sini. erm..hari guru jatuh pada hari ahad. maka sambutan disini hari isnin..
maka bertungkus lumus la aku membanting tenaga. mana nak bungkus bunga, mana nak siapkan majlis, pi cari pulut kuning bagai. hm..sgt penat.

cik lina tgh bg anugerah pd lecturer paling ceria


upacara memotong pulut kuning. credit to azah n family sbb sediakan pulut kuning ni. sangat sedap n padat. time ni biru muka pengarah nk tekan pisau..ehehe

banner hari guru. cik lina color yg merah tu je. tak smpat nk tlg byk sbb nk pi siapkan pulut kuning n cr bahan2 len utk perasmian tu..

tugu tu cik lina buat dikala rembang malam ahad tu. bersengkang mata sampai pukul 2 pagi nak siapkan. gmbar ni adalah perasmian oleh pengarah.

gambar di atas telah diambil oleh exco penerbitan & pendidikan cik lina.

tak cukup dengan 3 hari bertungkus lumus, malam isnin selepas hari guru tersebut, terpaksa pulak aku bersengkang mata buat backdrop untuk program kesihatan pergigian hari selasa & rabu pulak. memang aku dah biasa buat backdrop ni. tapi kebiasaan ni biasanya aku bli barang sendiri / organizer tu akan tnya aku barang apa yang diperlukan. ini tidak..men kasi je barang tanpa tanya pendapat. time tu berangin jugak ah bila kene sediakan barang tanpa bertanya. kalau lengkap tidak la mengapa. tapi..semua yang diperlukan tak ada...nasibla aku tak melepaskan amarah time tu jugak.
dah la penat 3 hari b4 tu. dapat barang untuk hari esoknya tidak memberansangkan. tapi. berjaya jugak la aku buat backdrop tu. kreatif n inovatif mesti ada dlm fikiran bukan. hehe.
dan disini ada sedikit bengang dengan budak perempuan gedik sorang tu. erm..tapi story len kali.
inila backdrop tersebut. dgn bahan yg ciput

nmpak x aku yg mane? yg baju pepel tu la

malam rabu tu aku stay up pulak untuk menyiapkan segala kerja yang sepatutnya aku submit hari jumaat. bukan 1 @ 2..tapi ada 5..pergh..berpeluh ketiak nak menyiapkan. dah la banyak program. nak siapkan homework pulak. sangat menyiksakan. dengan aktiviti persatuan bagai. so pada adik2 pismp..akk btol2 mohon maaf sebab tak boleh commit sepenuhnya kali ni.

dan akhirnya, kerja tu siapla jugak 2.. full review sepanjang malam. ala..tp lupa amik gmba a'saiment tu..eish..rugi2. hari khamis lak. class penuh. siapkan projek mematri dan malam lak ada persembahan / demo senam ragam. patutnya kumpulan cik lina dah tak payah buat da...tapi terpaksa jugak..=( letih melayan orang len yang tak serius, kiteorang sekali terlibat. so..untuk kali ke 2..senamragam dari kumpulan aku. tapi kteorang anggap itu lebih kepada latihan untuk hari jumaat. majlis penutup senamragam.
senamragam..=)

lin.yasin.d

reben & pergerakan kreatif

banyak kan aktiviti..ha..so sape2 yang tpk nak amik kpli. pk la balik sebab selama 6 bulan hidup akan terseksa macam aku. wehehehe.

baik next..
petang jumaat pulak ada program kejurulatihan hoki la pulak. =) hehe.. program sampai ke pukul 7 mlm. time rasa sangat flat sungguh. tenaga hampir habis. tapi terpaksa kuatkan semangat. program di sambung pada hari sabtu.

hari sabtu adalah antara kenangan terindah sebab kene main hoki dalam hujan. tegas sungguh en vv tu mengaja. hujan tak hujan redah aje. tapi apa yang paling membimbangkan adalah badan hamba yg tidak dapat menahan sengsara. yela..minggu depannya camping. sape nak camping dlm demam.

ahad - proses menyiapkan a'saimen yg tergendala.

hari isnin hingga hari khamis adalah camping bsmm (bulan sabit) di kem serai saujana banting. yg ni nak story len entri sbb panjang.
lin.d.yan & kdee

dan hari ini adalah hari wesak. time ni la aku berpeluang update blog. sgt teruja dapat itdur dan berehat lama2. tapi cuma sehari sebab esok ada lawatan ke JB.
tapi ada jugak makan malam bsama timbalan perdana menteri kat pWTC..

kalau korang jd aku. korang nk pegi yg mana?
dinner ke..JB??

Wednesday, May 19, 2010

aku sayang kamu...

pernah atau tidak..
sekali dalam hidup kamu terfikir akan hal hati?


malam yang hening..
aku mengutus rindu
buat kau sayangku

malam yang dingin
aku seru namamu
dan aku ingin katakan
aku rindu kamu
aku sayang kamu
******
di dalam hatimu
t'lah aku temukan
arti kebahagian

bersama dirimu
aku merasa berarti

sanggupkah dirimu
untuk bertahan
hingga waktu tak berjalan

mencintaiku
walau bintangku tak terang

reff:
cintailah aku sepenuh hati
sesungguhnya aku
tak ingin kau pergi
takkan mampu ku hadapi dunia ini

betapa hidupku takkan pernah sama
bila kau tinggalkan ku
tetaplah disini saling memiliki
selama-lamanya

back to reff:
tiada arti semua bila kau pergi

genggamlah tangganku dan peluklah diriku
saatku jatuh nanti menangis sepi

cintailah aku sepenuh hati
sesungguhnya aku
tak ingin kau pergi
cintailah aku sepenuh hati
tak ingin kau pergi
takkan mampu ku hadapi dunia ini
tiada arti semua bila kau pergi



c.h.e.r.a.s.
1.30 pg~saat rindukn kamu~


Sunday, May 9, 2010

dedication utk hari guru

erm..before tu..nak wish my mum happy mother's day..tapi mak tak bukak tenet..huhu..takpe yang penting dah tepon mak. =)
yang ni berkaitan hari guru lak. minggu depan, 17 hb May..sambutan hari guru akan berlangsung di IPG cik lina. program tu antara program anjuran JPP bersama budak2 tesl. cik lina jadi naib pengerusi. cik lina dah come out dengan beberapa dedication for teacher's day.
so...gambar2 kat bwh ni...budak2 IPTeknik boleh order terus ataupun jumpa wakil kelas masing-masing.
tak rugi sekali sekala keluarkan duit utk hargai org yang dah tabur jasa kat kita.
dedication ini terbuka kepada staf, lecturer dan semua pelajar IP Teknik.
So..sila tatap n booked.

yang ni cik lina letak harga RM 5. sesungguhnya, bunga ini sagat cute. yang ni contoh pink n oren
also available in
blue & red











ha..sleeping beauty with choc ni harganya cuma RM15. sangat sesuai untuk di bawa tidur ataupun diletak atas rak setelah chocnye di makan.
si sleeping beauty ni pon leh ditukar dengan
1. rabbit
2. bear
penukaran si sleeping beauty tidak akan menjejaskan harga
extra cost hanya akan di caj bila nak decoration berlebihan.




bear & marshmallow..kat telinga bear ni ade marshmallow. yum2..
sesuai kasi kat lecturer untk kenag-kenangan sebab marshumello tu leh kasi kat anak lect
harga yang ini RM17.










si cenonet ni murah aje. siap ade bunga towel n cenonet di tambah dengan coklat. sila kasi jejaka2 ye hadiah ni. boleh la kasi towel free.
dan boleh jugak makan coklat awek kasi..
cenonet tu boleh dijadikan keychain letak kat kunci moto or kunci kete.
harga si cenonet ni RM 5 sahaja. murah bukan??






yang ni flower with choc. sebagai ringkas dan selamat. ehehe.
harga FWC ni pon RM5..aduyai...murah2..dengan harga RM5 boleh mengembangkan hati orang tersayang sebanyak 600%..
tak kan tanak??









untuk manusia yang bergaya lebih matured, lebih gentlemen..lebih lah segala2nya, boleh la beli bouquet ni. boleh jugak request untuk berapa kuntum bunga yang di ingini. utk RM 3 kuntum siap dengan bunga kecil n hiasan ni, cik lina cume letak harga RM 20 aje..sesuai dengan harga remaja.
kalau kat kedai, sila jangan mimpi dapat harga macam ni.
bunga ni jugak boleh request warna. warna cik lina nak amik jdkan sample ni adalah red sebenanya. tapi amoi kedai bunga cakap stok abis.
so dengan itu, cik lina offer,
warna bunga, warna sampul n berapa kuntum yang anda semua inginkan, boleh pilih.
setiap tambahan bunga segar adalah RM 3.
setiap tambahan hiasan dan decoration juga RM3.
murah bukan??


ok ah..kalau berminat boleh jumpa semua JPP IPG Teknik @ tinggal komen kat blog cik lina ni.
tak pun, nak secret lagi, sila email ke
cindaiungu[at]gmail[dot]com.
jangan lupa sertakan sekali
1.kepada siapa:
2.kelas/jabatan/kumpulan:
3.ucapan:
4.daripada:

dan state sekali yang mana tempahan yang anda berminat.
sila.
jangan malu2 ye..
pembayaran, boleh aje datang ke bilik JPP/ call aje cik lina bila2 masa. nak no tepon..? email la dulu..=)

Tuesday, May 4, 2010

...[~*~]...biarkan ia pergi

saban hari..
aku tunggu depan pintu
aku tunggu pintu diketuk
aku pasrah menjadi penunggu

saban hari
aku tunggu saat bersua
aku tunggu saat bermesra
lali hidup aku dengan bicara pilu
lali jiwa aku dengan ayat mengecewa


aku
rentas hidup ini
biar seorang diri
biar
aku sendiri..

olahkan dan bayangkan
aku punya sekeping hati
kau robek hari ini dengan sedikit kaca
ia luka.
namun, aku jahit kembali menyatukan hati untuk kamu
menyatukan jiwa demi kamu

kamu perlu tahu
luka bukan sekadar luka
luka kaca meninggalkan bekas di hati
pedih semalam masih terasa kini

jangan,
jangan biarkan ia bernanah dan menghapus kasih pergi



page

Followers