Wednesday, July 22, 2015

Pam Susu Bermasalah : Medela Harmony

salam.
selamat hari raya pada semua
dah sebulan berpuasa tiba lah hari kita menyambut hari raya. eceh.

dah jadi mak - mak ni mestila bizi. lagi - lagi jadi mak yang menyusu dan berkerja. berganda - ganda la tugas seharian kita. sejak aku ada anak ni, ada satu benda jadi teman setia aku setiap hari. pergi beraya ikut, pegi pasaraya ikut, pegi kerja pun ikut. apa lagi kalau bukan benda kesayangan ni. pendek kata sepanjang dekat 3 tahun berkhidmat, ada la 2 kali meragam sebab o-ring dia putus. tu pun sedar tak sedar ajek. sekali sebab dia punya membrane koyak. punya la kelam kabut sebab pam susu rasa tak melekat.
oleh sebab pengalaman sendiri la aku nak share kat mak - mak yang macam aku ni.
sekurang - kurangnya tak la dilontar teman setia tu n beli yang lain. sayang oh...


ni antara sparepart medela harmony

nampak x benda putih yang ada anak panah tu..o-ring. kebanyakan pam manual yang selalu sangat guna, perasan atau tak, biasanya o-ring dia mudah putus. tetiba je suction pam tu tak kuat. maybe penyebab utama adalah o - ring tu. sebab benda tu kecik je. sedar tak sedar je. so 1 skali kalau suction pam tak kuat cek o-ring dia ok ke x..
    
ni adalah sparepart dekat diaphgram(kepala)

yang ni pulak diaphgram yang kita letak kat handle / kepala. pastikan getah putih ni tak koyak. 
diaphgram(kepala)
ni pulak connector. biasanya connector ni la benda paling susah nak basuh sebab benda ni takde berus yang sampai nak berus celah-celahnya. cara nak bersihkan adalah rendam air panas then guna cotton buds untuk bersihkan lubang-lubang dia. kadang - kadang susu boleh berkerak dekat connector ni.
yang kat bawah ni pulak membrane. yang ni pun sensitif part. kena cek sama ada koyak atau tak. if koyak boleh tukar membrane je tanpa melibatkan valve.
membranes

valve + membrane

valve ni boleh tanggalkan dari connector. ramai yang tak tau n tak basuh dalam valve. pastikan semua part pam dibersihkan untuk mengelakkan susu cepat basi or tercemar. so kalau korang reset pam tu, jangan lupa gonyoh pakai berus bersih2 semua part pam.


bagi aku harmony ni adalah pam yang paling senang nak guna + ringan n senang nak bawak. lain orang lain pendapat kan. ada orang senang guna karennya pam.

nasihat untuk ibu - ibu baru adalah try la beli pam manual ni dulu, if dah berjaya breastfeed anda semua boleh bertukar or upgrade pada pam letrik such as swing or freestyle. tapi kalo laki ko banyak duit bertimbun timbun, terus nak beli pam mahal...takde sape kesah dek.

menyusu ni kena enjoy, tapi yang paling penting adalah support dari org tersayang = husband. ada jugak kadang-kadang husband yang tak support susu badan / susu ibu or whateva korang panggil ni.
ada certain mak - mak muda rasa benda ni leceh la, kena pegi bilik menyusu la if nak susukan. kena pakai certain baju la..

yes it is.

tak dinafikan.

tapi fikirkanlah untuk anak.
itu antara hak anak.

aku tak bising pada sapa-sapa yang memang tak mampu nak menyusukan. cuma aku nak pesan

menyusukan tu adalah satu yang menyeronokkan.




~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers