Thursday, September 8, 2016

Mengandung anak ke 3

Salam..

Sekarang dah masuk minggu ke 32..lebih kurang sebulan je lagi mengandung...:)

kali ni rezeki nak dapat anak ke 3 rapat sikit dengan yang nombor 2..
kiranya cepat dalam 2 bulan la gitu..supposely dapat la jarak kan anak 2 tahun. tapi dah rezekinya kan....

sape kata tak penat anak kecik rapat - rapat. lagi - lagi mengandung kali ke tiga ni.. badan tak tough sangat macam mengandung 1st n 2nd dl.. takde langsung sakit - sakit time mengandung

1. SPD

tak tau apa sebabnya mengandung kali ni aku kena symphasis pubis disfunction. (SPD). sakitnya Allah aje la yang tau. maybe jugak sehari sebelum sakit tu, aku n 2 orang ank aku yang tengah lasak tu main2 atas katil, si abang main golek2 tertendang belakang aku. pergh...
nak mengamuk je rasa kene tendangan tu memula.
aku tak rasa pun memula ada efek, sebab petang n malam tu ada jamuan kat sekolah. jamuan hari raya. elo aje aku pegi gotong royong + makan - makan malamnya tu. then bila balik rumah aku nak tidurkan si Nely. sekalinya aku nak bangun dari katil, langsung tak boleh gerak kaki. kaki aku jadi cam lumpuh gitu.
bukan tak rasa, tapi macam patah. kalau gerak sakit nak mati.
menangis2 la aku atas katil sebab dari mengiring aku tak boleh langsung nak terlentang ke apa.

suami pulak time tu kat bawah dengan anak sulung. telefon2 tak angkat. haih...

dekat 20 minit aku cuba bangun dari katil sampai nak berdiri. then dah berdiri aku tak boleh nak melangkah. sakit yang amat.

aku paut almari n pintu bilik nak berjalan menuju ke tangga semata - mata nak panggil suami.

aku nak sembuh SPD ni ambil masa seminggu jugak la. + dapat MC dari doktor 2 hari. bila naik sekolah pun aku stil tak boleh jalan laju. selangkah2 aje.
ramai la menjangka aku sakit nak bersalin ke time tu..heheh
dengan kat sekolah turun naik tangga lagi...
bukan cam ofis orang len..ada lif nak g tingkat atas. sekolah ada? nan hado.
ko terhincut2 la panjat tingkat 3 turun tingkat 3. panjat lagi tingkat 4 belah bangunan sini. berkejar pulak nak pegi bangunan sana 2 tingkat. orang lain tak nampak..

cikgu dah la susah nak cuti. kerja berlambak. bukan cam orang len. annual leave yang leh amik bila2 masa je dekat 1 bulan. kalo service perkhidmatan mcm aku dah tentu2 dapat dlm 1bulan 1/2 dah.
cikgu ada 7 hari je utk EL. mana nak serve kan anak - anak sakit. kecemasan dll.

then orang komplen2 lagi cikgu banyak cuti. time cuti sekolah bukannye dok rilex goyang kaki bagai. kene gak datang bertugas la kan. nak pegi bercuti plak rate mahal.
kesian cikgu2 ni...

ha tgk dah teremosi.
padahal nak cerita pasal SPD aje tadi.

SPD ni lagi senang nak faham adalah kerenggangan otot pubis. mayb time tu otot aku terlebih meregang. so tak leh nak buat kerja apa. tapi rilex2 time MC 2 hari tu penat jugak sebab anak aku yang berdua tu keje nak bergayut la 24/7 kat aku. pantang aku ilang kejap ade la bunyi suara2 alus panggil mami...mami...mami...mami....

ohoi....

ni antara gambarajah SPD yang seminggu gak aku hadapi..




then sekarang ni kiranya aku dah masuk hujung - hujung trimester ke 3 dah.

tapi sejak akhir2 ni asyik sakit kepala aje la.
hari - hari menanggung sakit kat kepala.
then dapat lak selsema menyebabkan kepala makin mengap dan tak berdaya.

dah la aku macam kekurangan air dalam badan + hb pun turun..sakit kepala la pulak.
sedangkan sebelum ni aku tak de pon menghidapi sakit kepala time trimester ke 3 ni.
bila baca2 balik jarang pulak orang menghadapi sakit kepala masa last2 pregnant ni.

pegi klinik doktor siap tanya boleh tahan ke tak sakit kepalanya..
aku jawabla sebab tak tahan la aku pegi klinik. kalau tak takdenya aku nak bazirkan duit setakat mintak panadol kat dia..
aku nak consume aku takot bahaya untuk baby or aku kena penyakit lain ke..

lagipun time aku mengandung ni tengah sibuk kes virus zika.
berisiko untuk ibu - ibu mengandung. sape tak takut kan

bila doc cek.
tak de apa. dia cakap sakit kepala biasa...
heh
ye ke..

tapi sakitnya hari2 nak mengadap tu yang tak tahan.

minggu depan dah cuti pertengahan penggal ke 2 sekolah + raya haji..

then naik sekolah lagi 2 minggu. pastu insyAllah aku start bercuti panjang sebab aku ambil cuti bersalin awal 2 minggu.

agaknya...

bila nak bersalin kali ke 3 ni ek?


rasa macam cuak pulak tetiba..

semoga aku kuat menghadapi dugaan kali ni..
bertabah dan semoga dipermudahkan







~c.i.k.g.u.l.i.n.a~


0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers