Saturday, April 24, 2010

wahai anak ku......

anakku
tahukah engkau
betapa gembiranya hati ibu mendengar tangisan pertamamu
biarpun tempoh menanti jerit tangis itu,
bergelut dgn kudrat dan nyawa
namun ibu bangga
kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat, yg sekian lama dinanti
anakku
terasa baru semalam ibu mendodoimu,
meriba,dan menyusuimu
bagaikan baru kelmarin engkau belari-lari anak
belajar bercakap,
merenget minta dibelai,
disuap nasi kemulut
hingga ibu lupa,
anak ibu tlh besar panjang pun
pejam celik-pejam celik
dah tiba masanya kita berpisah buat seketika
dan ingatlah anakku sayang
pegimu bukn erti kau bebas
tp pergi dgn satu tujuan tuk menunaikan impian semua
ingat ank ku,
kita bukan org senang
ibu takde harta untk ditinggalkan
kecuali ilmu yg engkau ada
ibu dah bekalkan kau dgn agama
amalkanlah setiap masa,buatlah apa yg disuruh


tinggalkan apa yg ditegah
pesan ibu,
jgn kau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan
jgn ikut telatah rakan,
gunakan peluang ini kerana ia datang hanya sekali
dan ketika ia kembali,
ibu dpt bayangkan betapa bahagianya hidup ini
betapa ringannya bebanan
bila engkau datang membantu adik-adik yang masih bersekolah

dan pasti ketika itu,
kita tidak lagi tinggal dirumah usang
biarpun masanya masih panjang lagi
tapi ibu sentiasa mendoakan ianya menjadi kenyataan

biarpun ibu disini masih bermain lumpur
bermandikan getah untuk menyaramu
tapi ibu berharap sangat janganlah siakan keringat ibu yang mengharap


0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers