Sunday, April 29, 2012

anak muda masa kini

rasa dah lama sangat-sangat kan tak menulis dalam blog pasal topik am. sejak nak kawen hari tu banyak post semua mengenai hari bahagia je.
alhamdulillah da selamat dah semuanya. tinggal tunggu saat-saat indah untuk di lalui bersama je.

sebagai seorang lulusan ipt yang bertungkus lumus belajar rasa macam tak wajar bila tak keluarkan pendapat mengenai isu PTPTN yang anak muda soalkan sekarang ni.
ramai betul anak muda sekarang pandai buat demonstasi jalanan. tak tahulah diaorang ni semua terpengaruh ke apa. aku rasa pemikiran anak bangsa mungkin makin cetek. meh aku cerita sikit kisah aku nak belajar dulu.

well say. aku bukan datang dari anak orang senang. yang ada rumah besar. kereta mewah. mak bapak aku orang kampung. yang aku tau mampu sekolahkan aku sampai aku SPM je. lagipun tak ramai pun orang kampung tempat aku sambung belajar.  tak ramai yang minat belajar macam aku. yang lain fikir senang. keje kilang. kawen. tinggal kat kg. selesai.

tapi aku lain. dahagakan ilmu...

lepas SPM je aku start keje kat the store. time tu azam aku satu je. nak cari duit untuk sambung belajar. sebab bulan 3 @ 4 mesti akan dapat keputusan kemasukan ke U. nak masuk U kena la ada duit poket. nak susahkan mak bapak. tak sampai ati...
dan dapat la jugak aku pegi ke UiTM N9...amek kos diploma sains komputer. camne aku support hidup? semua sebab jasa PTPTN. aku jugak tak pernah merungut sebab aku kena bayar balik pinjaman. semuanya sebab apa. sebab aku tau aku meminjam. aku orang susah. kena pinjam ptptn. kawan-kawan kaya aku tak heran pun nak ambil PTPTN. tak pun buat rusuhan..

ok. mungkin nanti orang cakap aku mindset kg. taknak buat perubahan.
tapi logik pun kan.

kau pinjam barang orang. kau dah senang taknak pulang balik? kau kenapa?

kiranya dari situla sebenarnya bantuan yang disediakan adalah untuk menolong orang melayu sambung belajar.

isu sekarang yang aku tak faham adalah.
  1. kau nak pendidikan percuma macam sekolah. ape yang tak rasionalnya dalam hal ni adalah. even kita dah sediakan sampai spm pun ada yang ponteng2 malas. apa tah lagi nak sediakan sampai U. ewah lemak. anak muda yang tau semua benda yang perlu di sediakan percuma adalah anak muda yang tiada inisiatif dan daya usaha. ikut sedap kau aje. 
  2. kau merusuh cakap ptptn tu jerut darah la hapa. at the 1st place. sape yang paksa kau pinjam ptptn? ada orang paksa? kau sendiri kot sain. nta hapahapa. ni la nama orang baling batu sampai pecah tingkap tanak mengaku. dah ada bukti kot
  3. kau cakap kau susah. sebab tu terpaksa pinjam PT nak sambung belajar. then lepas tu sapa yang lenjam duit tu belanja awek la. beli topup la..beli hp la..sape? orang lain? org yang curi duit yang kau dapat ke? nama pun pinjaman. deal la. kau dah pinjam. kau bayar la balik.
  4. PT tu tinggi sangat interest. bayar pun macam tak nampak berubah. eceh. ni lagi ah tak caye..kau pinjam ribu2. kau bayar RM 50 sebulan. mestila tak nampak berubah. kalau kau bayar ikut schedule. no worries. semua akan berjalan lancar.

dan ada jugak anak muda yang susah nak dapat kerja katanya sebab tu tak bayar ptptn. masalahnya sekarang. dah banyak orang pandai. kena pandai bersaing. bukan tau nak buat rusuhan yang entah apa-apa. terhasut dengan benda yang bukan-bukan. dari buat benda tu baik ulangkaji pelajaran. dapat cemerlang. dah tak payah bayar.

ni tak. belajar tak pandai. tau mengabiskan duit. lepas tu tak sedar diri. haiyooo...
orang macam ni la memang patut di rejam lembing. sebab mulut busuk bau longkang.
lagi-lagi yang update status yang macam kau je bagus.
heisyh. menyampah tahu..

orang-orang macam ni la juga yang akan menjadi beban negara bila nak masuk alam pekerjaan. orang yang hanya tahu bercakap..gendang sekampung dengar tapi kosong. then bila tak productive. orang taknak ambil kerja. start la blame course yang dia ambil tu pulak tak bagus. universiti bagi course lelong kat dia.
fedup nak mampus.

dari kau tuduh-tuduh orang. baik kau tunjuk depan cermin. kau tengok diri kau dulu.
kalau kau rasa kau hensem. kau bagus. ye...takpe. tapi jangan kau jadi orang tak sedar diri.





~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

2 komen yang perlu dibaca:

  1. saya setuju sngt dngn pendapat awak.. thanks cz berani bersuara =)

    ReplyDelete
  2. U r so rite. Akak pun heran. Asyik komplen je. Mcm mana nak maju. Mcm x percaya pada qada' n qadar. x nak bayar balik x pyh hutang. Buat keje sambilan cari duit sendiri. Takpun belajar rajin2, dpt excellent x pyh bayar. Ni dpt duit PTPTN beli handphone lah n mcm2...

    ReplyDelete

page

Followers