Sunday, April 8, 2012

perjalanan majlis 11.3.2012

salam.
lama betul nak tunggu aku update blog kan.
padahal tak bizi mana pun.
biasa-biasa je. cuma agak bizi dengan aktiviti sekolah. dan aktiviti saringan LINUS.

hidup lepas kahwin biasa la. cuma rutin sebagai isteri je yang aku belum jalankan. masak. basuh baju. buat air. satu pun aku belum buat. masing-masing masih macam hidup masa bujang. barang-barang dia masih mak mertua aku yang susun. lipat. kemas. eventhat aku masih taktau lagi tempat letak baju. cara buat air kegemaran dan apetah lagi nak tolong gosok baju.
aku tak buat.
semua masih mak mertua aku yang buat.

hidup bujang masih je berjalan macam biasa. masih je aku datang uda sekali sekala. masih je aku luangkan banyak masa dengan norazah. pegi berjimba sana sini. yang berubah cuma...
1) laki aku makin kerap balik JB
2) laki aku dah boleh masuk rumah sewa aku kat sentosa
3) dah boleh pegang-pegang tangan bila-bila masa..:)
4) dah boleh buat aksi manja-manja bila nak sesuatu..


haha..

yang lain semua sama.

punya la aku bersedia nak menempuh alam baru ni. bila dah melangkah masuk takde pun benda yang rasa asing dalam hidup. masih jugak pegi sekolah. habiskan masa sampai pukul 5 kat sekolah. balik rumah kejap. terus keluar makan. balik rumah dah malam. tidur dan esok kembali lagi rutin selalu.

*****
perjalanan majlis lebih kurang bermula begini

masa malam lagi majlis kat rumah dah bermula. sementara bakal suami aku dah di homestay sri medan. aku kat kg dah di suruh perintah berkurung. next entri aku cerita pasal tempoh berkurung.

malam 10.3.2012
majlis khatam quran dan berinai. 
aku khatam quran dan berzanji malam ni. majlis dimulakan dengan khatam alquran. then berzanji barulah majlis berinai.
sangat best sebab inai dipakaikan oleh semua orang yang hadir.

menu makanan : soto nasi, lodeh & bihun sup

majlis nikah 11.03.2012 pukul 10 pg
aku start bersolek dalam pukul 8 pagi. tempoh bersolek ambil masa lebih kurang sejam setengah jugak. time ni semua sebokkan diri sendiri je. bersiap. gosok baju n everything. aku dah tak boleh pk dah. tinggal readykan diri je. pastu pasrah. time ni memang kita dah tak boleh buat apa. ape yang ada itu la...

aku siap solek time tu dalam pukul 9.40 pg rasanya. mak aku dah bising suruh cepat2. padahal janji dengan tok imam pukul 10. time ni agak kelam kabut. aku suruh je mak n abah aku pegi dulu masjid. time ni memang perlukan orang lain untuk uruskan majlis makan kat masjid. thanks to 2 orang makcik aku yang bertungkus lumus datang awal dan prepare dewan makan.

sampai je masjid tok kadi dah ready. bantal nikah aku la plak tertinggal kat rumah. hehe.
mau tak kelam kabut nak merempit ambil kat rumah. sebagai pengantin. aku cuma boleh diam je. orang lain la yang terpaksa amik.

aku sampai-sampai hanya ada pengantin lelaki dan 3 orang kawan bakal suami aku. pengapit. jurugambar dan driver. :)..then bila aku tanya mana family dia. shahrul kata belum sampai. aku rilek je la..

then tok kadi panggil.
dia tanya aku mana pengantin lelakinya.
aku punya tok kadi sangat cool.
siap suruh aku sign dulu borang tu tanpa tanya aku
"rela atau tak jadi isteri shahrulnizam.."..pdhal aku tunggu jugak detik tu. haha..

so secara realitinya. borang nikah tersebut di sign oleh pengantin perempuan dulu. haha.

sebab dah tunggu dalam 1/2 jam family lelaki tak datang. shahrul pun dah bersiap sedia nak akad. pihak aku pun dah pelik. macam la kami ni nikah koboi. parent belah shahrul tak dtg. yang tu masalah pihak lelaki. pdhl homestay tak jauh pun.

masa tok kadi tengah nasihatkan bakal suami aku. barulah rombongan pihak lelaki datang...dan aku tengah sebok bergambar dah time ni.

mood: suka
perasaan: gementar dan berdebar


aku suka solekan time nikah. sebab rasa  macam neutral je kat muka. maybe aku memang ade masalah dengan bulu mata. memang rasa tak bebas. dan rasa pelik aku bertimpa-timpa bila orang boleh pakai bulu mata palsu pegi jalan-jalan.

menu makanan : bihun goreng, kuih talam suji, tapai pulut, karipap & kuih lapis

majlis sanding 11.3.2012
kat bawah tu tengah sanding. sempat lagi tangan aku mengetam. :p..
aku suka gamba ni sebab ini gaya spontan.
tengah orang lain sebok2 nak amik port bergambar. aku sebok nak cubit pengantin lelaki.

aku pegi bersiap  dekat homestay sejurus je lepas nikah. event nikah habis dalam pukul 11.30 pg. terus je aku pegi bertolak ke homestay.family aku terus je ke dewan untuk sambut tetamu yang dah start hadir.

mandi.  bersolek. then terus je pegi ke dewan dalam pukul 1.45 ptg. sebab majlis bersanding start pukul 2.

overall majlis okeh je. makanan orang puji sedap.
cuma yang tak puas hati bila tengok gambar adalah pelamin.
pelamin adalah macam cipan eventho aku bayar pakej mahal.
pelamin sux. dan terus mencacatkan seluruh gambar untuk majlis bersanding.

bak kata orang. time hari pengantin tak kan aku nak merungut pulak. diamkan je la eventho kat atas pentas tu panas nak mampos. dengan takde kipas jadah semua.

tapikan..
akhirnya..

aku dah jadi isteri orang. :)


menu makanan : nasi minyak, dalca daging, daging masak beriani, ayam masak merah, bubur kacang, talam berlauk, kuih lapis, dan air 2 jenis.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers