Tuesday, November 27, 2012

Mommy to B : Apa yang saya amalkan untuk hamil...

cuti sekolah datang lagi
kali ini sibuk dengan majlis adik. settle dah
walaupun kenduri ujan lebat gila..
majlis sempurna berjalan.

kalau ada pepatah yang mengumpamakan bau bauan yang kurang enak. tidak pulak aku terfikir ketika ini. angin aircond yang sedikit sejuk dan dingin beku ini membawa hawa kurang enak dihidu. mungkin dari pakcik duduk di sebelah kerusi.
entah berapa lama dia tak mandi aku sendiri kurang pasti.
tapi cara dia bercerita.
dia eksaited tak boleh nak cerita.
dengan tangan terangkat2. macam sendiri tak terbau ketiak hangit.

dah masuk minggu ke 13. orang kata kalau mengandung tinggal sisa-sisa saja nak mabuk. alhamdulillah. baby sangat baik. aku langsung tak mengalami sebarang muntah dan pening kepala sepanjang 13 minggu ni. rasa macam biasa je. dan kadang-kadang aku tak terasa aku membawa satu lagi denyut cinta.
:)

bahagia?
mestilah.
siapa tak bahagia kalau dah berbadan dua.
kan mempunyai zuriat sendiri tu impian semua insan yang mendirikan rumah tangga.
syukur ke hadrat ilahi diberi kesempatan rasa untuk mengandung dan mengalami alam rumah tangga.

berkat doa dan usaha akhirnya berhasil. aku kurang pasti apa yang aku ambil untuk suburkan diri lepas 6 bulan tak lekat lagi.
so antara apa usaha yang aku buat ni patut aku share kot-kot boleh membantu pasangan lain yang inginkan zuriat sendiri. manalah tahukan...

usaha kecil aku untuk berkongsi ini bermanafaat.

blackmore - primrose oil & minyak ikan 

sebelum ni period aku walaupun teratur aku menghadapi senggugut agak teruk. setiap bulan kalau tak makan pil maksudnya tak boleh la aku buat kerja kang. melepek je ha...

so aku search2 then aku macam berminat nak try shaklee punya primrose oil. tapi tetiba aku singgah giant time nak bli barang tanya kat farmasi, dia cakap shaklee kena beli dengan pengedar. so bila pk2 balik. baik aku cari jenama lain. asalkan monthly aku boleh  dapat senang.
survey2 last2 aku jumpa primrose oil yang lain.
ubat ni aku amalkan 2 bulan je. then tetiba je period lancar tanpa rasa sakit. time tu jgn cakap la. aku rasa kagum kot kenapa period langsung tak rasa sakit.

pegi berurut

sebulan sebelum aku pregnant tu aku demam. time tu kebetulan aku dengan husband. then lepas pegi klinik (yang hanya di beri panadol) aku rasa tak selesa. en abg aku pun bawak aku pegi tempat mengurut. time urut tu memang urut satu badan. sedap owh. takyah cerita. then dia siap betulkan kedudukan rahim rasanya sebab dia tanya aku
dah kawen ke?
dah dapat anak ke?

so bila aku cakap aku tengah cuba nak dapatkan anak, tukang urut tu angguk2 kepala je


asid folic

sebab ramai orang cakap asid folic ni perlu dimakan awal untuk sediakan rahim kita. untuk baby gak. lepas kawen aku makan gak. cuma kadang-kadang skip jugak. sampaila 2 bulan b4 pregnant tu aku konsisten makan. siap set rerminder tiap pagi. tak pernah miss...



alhamdulillah. berkat usaha yang tak seberapa. berkat doa dan tawakal

akhirnya aku berjaya hamil.

bila balik kampung ramai cakap anak aku lelaki.
eventhou aku da sediakan nama anak perempuan, aku tak kisah pun lelaki ke perempuan sebab dua-dua tu rezeki dari maha esa.

sekarang tengah mud holiday. dalam 15 minit lagi aku kena booked teksi nak pegi check - in kat hotel hilton kuching.
travel sendiri dari pagi tadi sebab en abang kerja.
aku ngada-ngada nak ikut. eh tak
en abg yang ajak.

so....terpaksa la travel.

lagipun si kecik kan ada teman aku...
:)

bahagia....

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

1 komen yang perlu dibaca:

page

Followers