Sunday, October 11, 2015

Tumbesaran Anak : Tahap Mana?





Ni gambar tahun ni. 2015.
tema raya adalah hitam.
semuanya sebab tak sempat nak jahit baju raya dah
sebok dengan anak kecil dan anak sulung yang manja asek nak berkepit dengan mummy.
asal bukak mesin jahit mesti bz nak letak tangan sekali.

anak sulung aku panggil nama Naim. Naim perwatakannya agak hati tisu. terang hati dan manja. maybe sebab anak sulung, Naim agak manja masa kecilnya kalau nak dibandingkan dengan adiknya si Nely. Time kecik - kecik (baby) Naim tak pandai nak isap puting susu. terpaksa la dady goncang botol susu nak bagi Naim minum. pakai straw untuk minum susu. Naim pandai isap botol susu bila Nely lahir. masuk 1 minggu Nely lahir mumy bagi Naim pakai botol susu baru. Naim terus pandai isap susu.

itu la orang kata. Budak ni bila ber adik pandai sendiri.

Naim lambat berjalan. lambat tumbuh gigi.
Tapi Naim cepat pandai dalam hal - hal lain.
1 tahun 4 bulan Naim dah start kenal nombor.

sekarang umur Naim 2 tahun 1/2
Naim dah boleh kira nombor sampai 20. dah boleh baca nombor terbalik dari 10 - 1 dengan susunan yang betul. Naim dah boleh kenal shapes and colors.

yang penting, bila anak - anak kita tak sama dengan orang lain. tak ape lah. ada lebihnya anak kita tu kat tempat lain. tapi still tak terkecuali, time Naim belum jalan bila dah masuk setaun..aku hari - hari google pasal anak berjalan lambat. so paling tak pun. entry ni if ada ibu - ibu terbaca akan bagi semangat kat dieorang balik. sama macam aku dulu - dulu.

Akhirnya umur 1 tahun 3 bulan baru la dapat tengok Naim jalan terkedek-kedek. sekarang pulak da pandai bagi alasan if taknak jalan.
Naim bagitau Naim takut..ceh...
anak - anak....

Nely pulak bila tengok lebih berdikari berbanding Naim. walaupun Nely anak kedua, tapi nampak Naim lagi manja berbanding Nely. Nely cergas. dari kecik lagi Nely dah pandai isap botol. tak susah nak ajar Nely isap botol. cuma bagi je puting NUK (experience dari Naim jugak). Nely dah pandai isap. memang dari anak 1st lagi, puting NUK orthodentik tu tak pernah lagi mengecewakan aku n shahrul. memang diterima oleh 2 anak kami. eceh!

so tak la susah da dady nak goncang - goncang susu bagai. Nely pun belum tahap pandai minum pakai straw lagi. Tapi Nely lagi cepat bergerak. Nely cepat meniarap, cepat merangkak dan cepat memanjat - manjat.

Sekarang ni Nely 8 bulan. dah jaguh panjat tangga. da start menyusur dinding. dah jugak pandai cium - cium orang. cubit orang dan jugak buat muka comel - comel manja mintak gigit.
hopefully perkembangan otak Nely sama pantas macam Naim.

bukan la nak mendedahkan bahan - bahan ilmiah awal usia. tapi tumbesaran anak - anak perlu la jugak sejajar dengan peredaran zaman.
tapi nak tak nak. mak - mak zaman sekarang perlu sedar, anak perlu pandai membaca sukukata ringkas sebelum anak masuk darjah 1.
perlu pandai mengira sekurang-kurangnya 100.

ni pesanan cikgu orang kecil.

hehhe.
otak da buntu

so bai
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers