Pages

Showing posts with label ubat. Show all posts
Showing posts with label ubat. Show all posts
Monday, April 25, 2016

Menangani penyakit HFMD - sakit kaki tangan dan mulut

salam.

lama la oi tak update blog.
menulis pun jarang - jarang sekali.
kali ni mak nak share pulak camne nak menghadapi penyakit yang glamer sangat la hai zaman sekarang.
ni mak share berdasarkan pengalaman pertama la yang dihadapi.

anak - anak mak memang tak pegi nursery @ sekolah or baby sitter. dok je la dieorang kat umah. so tak le risau sangat kalau dieorang sakit. tapi nak dijadikan cerita.. sepupu dia balik then sakit. maka tersebarlah virus tersebut.

memula takde la suspect benda tu berjangkit kat anak2 mak pun. sepupu dia warded. then tetiba je anak mak yang kecik tu demam. taknak nyusu botol. haish...
nasibla la susu badan mak masih ada. itu je la kiranya penyelamat yang membuatkan anak mak ok je even tho demam. ber alas la jugak perut dia eventho xnak nyusu botol.

stil...time ni tak suspect pun virus tu berjangkit kat anak kita. hoh!!

bawak la si kecik ni pegi klinik sebab risau dia taknak nyusu n badan panas. time tu adalah hari ke 2.

tinggal si abang kat umah. bawak adik je.
cek kat klinik..
alhamdulillah. doc kate virus..so adik cuma tekak merah. xde pun tanda kena ulser ke apa. tapi doc nasihat. if xleh susu gak cek lg sebab baby tak boleh tahan lapar lama-lama. dapat la antibiotik.

tapi mak tetap tak risau sangat sebab anak mak masih nak nyusu badan. makan n susu botol je kurang. lepas bagi antibiotik, adik nampak ok..

tetiba pulak..petang rabu tu abang demam panas. si abang ni kalau demam panas, memang payah sikit. asal demam aje..badan dia akan kluar ruam-ruam. dan ini bukan kali pertama.
so kat rumah memang dah ready calamine lotion n ubat bontot.

bila cek suhu abang dah 38.6..aduhai..
tetiba pulak tu. si adik da ok sikit tetiba abang demam mendadak.
masuk ubat bontot untuk redakan panas.
mandikan abang.
so abang baring aje.
malam tu abang stil ok lagi..
nak makan lagi nasi udang kunyit. banyak la jugak makannya. so xexpect abang kena penyakit HFMD ni. mak buat rilex je la kan.

malam tu memang sesi berjaga suhu aje. sebelum tido abang amik paracetamol. abang sibuk cakap nak gi klinik. nak jumpa doktor. tapi mak tak bawak sebab ubat masih ada kat umah.

esoknya khamis tangan abang start tumbuh ruam-ruam. tapi kali ni macam beso - beso sikit. the dady pecahkan ruam berair tu then sapu calamine lotion. melalak la abang macam kena dera. padahal sapu lotion je kot.

yang mak pelik ruam abang kali ni macam beso - beso sikit. abang stil demam. tapi mak n dady sentiasa jaga suhu badan abang. then abang stat taknak minum susu. asal buat susu aje tak habis. mak dah stat risau. mak suruh dady cek mulut, rupanya tekak n mulut abang ulser.

terus la mak risau. tau abang xleh nak makan or minum. mulut pun macam bengkak aje. terpaksala mak bagi abang susu badan sebab itu je yang abang nak. syukur.....

abang selalu mak mandikan untuk redakan demam.
then bila bawak pegi klinik hari sabtu tu doc kata abang da ok. tinggal ulser je.
memang risau time hadapi penyakit ni.
so mak nak share tips mak jaga abang time kena HFMD ni.

  • pastikan suhu badan anak tidak terlampau panas. pastikan suhu anak stabil. 
  • jika panas, masuk ubat bontot untuk redakan panas dengan cepat. mandikan, jaram kepala n pastikan suhu stabil.
  • cek tubuh badan anak. ruam sapu calamine lotion or lotion ruam supaya anak tidak rengsa / menggaru. perbuatan menggaru akan menyebabkan  ruam akan meninggalkan bekas
  • beri anak makan n minum benda yang lembut - lembut. cth asikrim vanilla dan bubur. 
  • pastikan anak tidak terputus susu or makan. kerana anak kecil tidak boleh berlapar dalam tempoh yang lama.

mak ada kelas.

da loceng.
nanti mak update lagi.


babai




~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, October 11, 2015

Ubat Selsema Bayi

Salam.

Kali ni nak share experience macam mana nak menghadapi bayi selsema. dulu time anak satu aku larat la nak menjaga sorang. yelah bersengkang mata pun untuk sorang je. nak dijadikan cerita cuti sekolah haritu, anak - anak aku diserang demam panas + selsema yang agak teruk. mula - mula Nely kena selsema + keteguran.
ni semua sebab aku gatal bawak dia pegi kebun petang2. ingat anak aku kuat la. sekalinya ko..menangis + demam panas tak kebah2. badan panas. tapi cek suhu normal. risau tak terkata.
nasib la bapak aku boleh lagi buat tawar hilangkan keteguran tu. 

sekarang masih lagi hingus meleleh. ada orang kata sakit urat. tp belum jumpa lagi tukang urut budak. so untuk melegakan selsema supaya dia tak merengek malam adalah
yang ni saline water. atau lebey dikenali sebagai air garam. kiranya kalau hidung sumbat ke. nak clearkan pernafasan bayi adalah guna saline water ni la. cuma yang ni di peket comel2 dan senang nak guna. bila guna sterimar ni lega sikit idung nely. mukus2 tu pun klua la dari hidung bulat dia tu.

hehehe

otak tepu sebab banyak kerja sekolah.
tapi stil nak update blog.

itu je la nak cerita kot kali ni. kang ade idea aku tulis lagi.
sterimar tu boleh dapatkan kat mana-mana farmasi berdaftar..

ok. bai

page

Followers