Friday, August 13, 2010

for the rest of my life

ramadhan datang lagi
seperti sebelum ini, ramadhan 2 tahun kebelakangan ini, status hidup aku berubah-ubah.
2 tahun lepas, aku..seorang pelajar praktikal degree.
tahun lepas, aku..seorang pekerja swasta. dan ramadhan kali ini lagi bermakna.
aku bakal seorang guru. lagi sebulan lebih, aku bakal tamat praktikal perguruan. semakin hampir untuk kerja seumur hayat.
mengabdikan diri membantu anak bangsa.
kadang-kadang aku terfikir,
kuat sangatkah aku menjadi insan bergelar guru.
dan benarkah, ini jalanku
dulu.
aku sering idamkan
aku punya pejabat sendiri
aku punya anak buah sendiri
memang.
itu impian aku
aku langsung tidak pernah terfikir, aku akan berada di sekolah kembali. mendidik anak bangsa, apatah lagi mengajar mereka mengeja,

dan
aku tahu
kini
ini jalan yang aku pilih


3 komen yang perlu dibaca:

page

Followers