Sunday, September 19, 2010

betul ke pakcik itu pakcik saya.

hari ini
macam hari - hari semalam
hari ini datang lagi seperti hari - hari semalam.

esok..dah start mengajar kembali lagi. 2 minggu tepat tidak masuk ke kelas. rasa buntu sungguh mau menghadapi hari perpisahan yang tak sampai lagi sminggu. tidak berpeluang juga menjenguk kelas 4 dedikasi. mesti satu hari. sangat rindukan mereka. telatah gelagat.
dan..
selamat kembali ke maktab cikgu lina..(*.*)
dan selamat menjalankan kembali tanggungjawab sebagai penolong pemimpin di sana.
hmm..
bila agaknya nak habis ni..

sebenarnya dah lama sangat tak tulis entry.
tak tulis rasa sunyi.
erm..
cerita pasal raya la kot.

raya..macam biasa la..pergi menziarah saudara mara. atuk nenek dan sepupu sepapat.
nak cerita yang ni..
cerita sebelum raya dulu.uh2..lari topic..lari topic

30 ramadhan.
awal pagi lagi cik lina dah siap2 mandi. sebab hari ini niat mau memasak untuk esok. elok je pukul 10 pagi..dah siap bahan-bahan masakan cik lina potong-potong. tak tau la niat rajin tu datang dari mana.hehe
then. cik lina terus je masak. kalau kat johor. ada istilah 'mengunjung' makanan..kiranya kita kasi jiran - jiran terdekat la juadah. pagi lagi cik lina da start da sediakan bahan untuk masak tomyam. niat suci tu memula nak masak sup daging je.
owh..penat cerita pasal ini..--> so conclusionnya siap la beberapa jenis masakan
1. tomyam

2. sambal goreng jawa

3. ayam sambal

dan bergerak la cik lina dan adek bagi2 makanan ni. okeh stop.
yang cik lina nak cerita adalah ini..hehe
cik lina mengunjung masakan tadi sampai la ke kluang. dan entah kenapa. punya la banyak stesen minyak di bandar kluang. cik lina singgah satu stesen minyak mobil.
cik lina bayar minyak
then cik lina jerit dari pintu mobil srh adek cik lina tutup lampu kete.
ntah dari mana.
datang sorang pakcik bertopi. bercermin mata menyampuk
"btol tu. tak tutup lampu, kesian kat orang kat dalam..silau"
sebagai gadis sopan. cik lina cuma senyum pada pakcik yang tidak dikenali itu.
hehe
then pakcik tu tetibe je ikot ke pam minyak tmpat kereta kami.
hm..ntah kenapa..time tu la nozel mobil tu macam ada masalah pulak.*rfgenh*
dalam hati dah cukup menyumpah. tapi nasib hari tu cik lina sungguh sopan dan bersabar.
pakcik tu trus ambil nozel dari tangan cik lina
dalam hati *ewah2 pakcik ni*
tapi mulut cik lina berkata seperti ini "oh..tak ape pakcik. saya boleh buat sendiri.takpe"
sebenarnya..jelas sekali pakcik tu memakai baju kakitangan mobil.=) tapi kan cik lina stil boleh tuang minyak sendiri.
adegan berebut nozel itu sah2 di menangi pakcik itu. cik lina pon biarkan je. trus main viper blakang.

(di bawah ini perlu di tulis dalam bentuk dialog)
bila pakcik tu dah berjaya memenangi nozel, dan cik lina di belakang, trus dia berbual dengan adek cik lina
begini ceritanya
pakcik : pakcik rasa, kamu ni macam anak sedara pakcik
adek : (buat muka hairan dan pandang cik lina)hmm...
cik lina : *geleng aje* dan isyarat kat adek cik lina tak kenal
adek : pakcik salah orang kowt..(uhuhu)
pakcik : hmm..mungkin jugak la kowt..

tapi..sesungguhnya..pakcik itu sangatla tidak berputus asa. beliau kembali mencari topic perbualan.
pakcik : ni, nak balik mana ni?
adek : balik ke batu pahat pakcik
pakcik : batu pahat di mana?
time ni cik lina dah bukak pintu kereta. duduk di dalam. wehehe. adek cik lina masih setia di muka pintu kerana pakcik itu sangat ingin berbual
adek : di seri me*** pakcik
pakcik : seri me*** di mana
(dalam hati cik lina dah merungut2 kate pakcik ni menyibuk..huhu)
adek : hmm...seri da**** 8..
pakcik : erm..bukit beta**** kan?
sesungguhnya. time ni adek dah terkilas2 memandang aku kerana ngeri. aku pulak buat muka hairan kerana pakcik ni sungguh arif dengan kawasan tempat tinggal kami. aku amati muka pakcik tu. iye..langsung aku takde pakcik rupa camtu. heisyh..takot2..
then pakcik tu macam perasan je kiteorang macam cuak. dia terus je tanya nama ayah dan emak. SAH. dia kenal mak ayah kami.
rasa hairan tu bertambah - tambah.
cik lina fikir..mungkin itu pelanggan abah kot. mungkin pernah datang ke rumah 2 3 kali untuk ber urut. cik lina kan anak tukang urut.
tapi ayat yang memeranjatkan kami adalah bila beliau berkata..
"INI UDA NI... pak uda..."

cik lina pandang adik. dan adik pandang cik lina. pakcik...??
btol ke pak uda??

sambung la ye..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

1 komen yang perlu dibaca:

  1. tengok gambar je pun dah sedap..nak try utk menu hari ni. tq

    ReplyDelete

page

Followers