Sunday, September 16, 2012

cikgu

sudah masuk setengah tahun aku menjadi isteri orang.
dan tulisan aku makin tidak rancak nampaknya.
tak tahu mana silapnya. sama ada aku sibuk merancang hidup baru..atau aku sibuk menyibukkan diri dengan kerja yang dari mata orang lain senang aje..

suami aku jauh.
jarang-jarang dapat ada dengan aku. maka hidup aku selain aktiviti petang adalah kerja. benda kesayangan aku selain family dan suami adalah anak-anak murid yang pelbagai pe elnya.
sehari tak jumpa anak-anak kat sekolah. rindunya macam tak lengkap hidup.
memang tak sama macam merindui suami.
tapi tetap ada bahagian rindu untuk mereka.

jadi cikgu sekarang bukan macam dulu-dulu lagi. dulu cabarannya lain. sekolah dalam hutan. nak pegi mahu berakit berselut. jadi cikgu rasa mulia. macam lilin bakar diri.
sekarang jadi cikgu pun lain cabarannya.

mak bapak dah pandai-pandai.
dah terpelajar orangnya. sampai kadang-kadang lupa yang diaorang dulu masa kecil-kecil masih pergi sekolah untuk belajar membaca..mengira.
dulu bukan macam sekarang. bersepah pusat tusyen.
aku pun bukan muda sangat. pernah kerja tempat lain sebelum jadinya cikgu.
cabaran kerja memang lain-lain.

ada client pun lain2. even cikgu sekolah rendah dan menengah pun cabarannya lain.

so tak boleh nak judge kerja orang lain senang.
bukan sorang dua kawan aku kerja engineer. peguam. arkitek. jawatan besar2.
tapi tak sorang pon pernah belagak.
bangga dengan kejayaan dieorang sampai kutuk2 cikgu yang pernah ajar dieorang.

aku ajar budak yang sedang-sedang pandainya. aku garang ikut kematangan budak. even aku ajar budak darjah 3 dan 4. aku layan diaorang macam orang dewasa. diaorang suka bila di treat mcm orang dewasa.

banyak lagi benda aku kena belajar untuk jadi mak pada 40 orang anak.
sedangkan orang yang ada anak pun paling ramai 12. jarang-jarang kita dengar dah, orang ada 16 anak. ni pulak aku yang baru kawen ni belajar nak jadi mak pada 40 budak.

setiap hari walaupun takde benda nak ngadu pada aku..budak-budak asik2 cari mak dia ni.
even dapat tengok muka pun diaorang dah lega.
camtu la rasa jadi mak budak.
budak ni kalau jumpa mak dia..walau tak cakap ape-ape dah lega dah hati dia..
siap cari aku kat bangunan tiga tingkat sebab konon-konon nak bayar duit didik. nak tanya benda yang kadang-kadang tak payah tanya pun

kids being kids..
kadang-kadang itu yang mahal dan indah nak dikenang sebagai cikgu..
benda-benda remeh tapi indah bila dikenang balik..

apa yang aku buat time aku baca ada orang kritik kerjaya aku sekarang. reaksi aku adalah seperti berikut
  1. aku rasa kesian kat dia. kenapa dia boleh tulis benda yang sangat mengundang kontroversi
  2. aku rasa dia tu budak tengah belajar lagi kat mana-mana kolej dan fikiran dia tak matang
  3. aku rasa dia tu mcm budak baru kenal internet dan tulis blog. 
  4. then aku rasa balik no 1 tu sampai no 3..
  5. rasa kelakar bila ramai sangat orang marah dengan budak tu. 
budak tak matang ni kalau dilayan kita pun jadi tak matang sekali. siap yang kesian budak tu siap kena padam blog dia lagi. eish2...kesian..
kena sumpah seranah lagi. dah menjadi idup tak tenang. takut nak online. stress dan boleh menyumbang pada ketidakstabilan hormon dan tekanan darah.

pendek kata. lepas je aku baca entry tu aku memang meluap2 rasa kesian dengan sifat tak matang dia tu. dah la kena kutuk kow2..
siap kena tulis entry mintak maaf yang tak ikhlas. then kena kutuk lagi.
pergh. idup macam roda kan. time kat atas bukan ingat sakit kat bawah.

siap aku terbayang. macamana la budak tu punya malu nak pegi ofis dia (yang dia claim dia engineer). camne kalau bos atas dia tau. tu belum lagi pengarah syarikat lagi. aigoo...
memang tak boleh di bayangkan macam mana dia nak menghadapi dunia dengan kecaman yang dia dapat tu.

dan lagi. macamana tah penerimaan orang yang kenal2 dia. mesti dia malu gila.

ha..
sekarang rasa logik tak kenapa aku rasa kesian.

logik kan..

tu aku ckp..
budak tu tak matang lagi. sebab tu dia tak pandai lagi buat konklusi.

kesian dia.


kalau la dia baca blog picisan aku ni. aku nak cakap je.
akak rasa kau kesian dek. ada akal fikiran kau tanak guna. bila dah tua kang. kau baca balik blog yang kau padam tu. if kalau kau simpan la...kau mesti rasa kalau la masa boleh diulang kembali..mesti kau nak merentasi masa n tak nak buat benda tak masuk akal ni. kesian kau dek

dah la...penat lak mbebel ni..
nanti jadi tak logik nak salahkan sapa.
akak jugak yang kena..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers