Wednesday, December 7, 2011

cemburu buta atau cinta itu buta?

pagi tadi tengah ondaway keluar aku sepat dengar radio.
kisah kali ni kat hot FM pasal kes lelaki cemburu buta.

siap ada sorang tu hantar emel cakap dalam sehari dekat 10 kali BF dia cal. tak sangka ramai gak yang mengaku time bercinta memang sikap diaorang memang macam tu. siap aku pernah berkawan dengan individu yang ada BF yang sangat obses camni.

nak kata sayang iye la kot.
tapi nak kata scary tu memang ada.

aku tak sure la sama ada aku dah cerita kisah ni dalam blog aku ke belum. tapi andai kata dah. ini merupakan entri baru yang dapat aku kongsikan. :)

dan memang banyak sebenarnya aku jumpa kawan aku yang dapat BF yang sangat mengongkong gile.
kadang-kadang aku terfikir jugak, betul ke sebab cinta itu buta atau orang yang bercinta tu yang dah jadi bebal.

contohnya macam kes-kes kat bawah ni.
apa yang berlaku semua ni semoga boleh di jadikan iktibar bersama..

kes 1 :

balak telefon berpuluh kali dalam satu masa. even that siap message tanya location semua. tak cukup dengan tu. rasa tak percaya pulak terus buat friend finder. pasang spy kat tempat-tempat tertentu. even kalau keluar dengan family pun maseh sebok cal2 @ sms.

apa yang patut korang buat ?
rasanya memang banyak kot typical BF or GF yang camni. korang tengok la. belum apa-apa lagi dah meroyan tak tentu pasal. cemburu buta camni boleh menjadi racun dalam perhubungan. 
apa yang aku nak nasihatkan

kalau korang mampu layan. mampu di perhatikan selalu. keep on with ur relationship. sebab ada gak orang cakap, cemburu itu tanda sayang. tapi tak bermaksud cemburu buta tu sayang gila kat korang. tapi bagi yang tak tahan korang cari lah pasangan lain. sebab bunga bukan sekuntum. kumbang bukan se ekor.
kes 2 :

pasangan korang tu pantang korang silap. akan berbirat la badan. tak kisah la guna kaki ke tangan ke rotan ke..iron panas ke.

apa yang patut korang buat?
 alah. senang kot. korang ade mak bapak. tau undang-undang. go on le sayang2 sekalian. lapor je pada talian nur. 

apa yang aku nampak
memang la senang kan aku nak tulis..lapor je la kan pada pihak berkuasa. tapi..sebenarnya aku ckp faham dengan sesetengah perempuan ni. sanggup salahkan diri sendiri sebab kena pukul tu.

meh aku ceritakan satu story..

kira mangsa ni boleh dikatakan kenalan aku la. belum lagi masuk dalam bab kawan..sebab aku kenal dia pun untuk sesi kaunseling.
haip2. ini tak bermaksud aku bocorkan isi kaunseling aku..aku cuma petik sikit2 kisah dia untuk di jadikan iktibar.

watak 1: leya
watak 2: ikmal

kisah mereka bermula di sini :

leya ni seorang yang berpelajaran tinggi, berkelulusan cemerlang dari universiti terkenal negara. leya anak sulung pasangan badrul dan hayati. anak sulung yang di didik penuh dengan kasih sayang dan hukum hakam. leya menjadi seorang dara sunti yang di intai ramai lelaki.
badrul dan hayati bersifat sangat protektif terhadap anak sulung mereka.

dah di takdirkan, leya yang berpangkat pegawai di suatu agensi kerajaan berkenalan dengan ikmal. seorang kerani rendah agensi tersebut. leya terbuai dengan layanan ikmal. leya lupa dengan pesan parent dia, yang mahukan calon yang setaraf dan sekufu dengannya.
tak di nafikan. ikmal seorang lelaki yang mudah di senangi orang. tapi ikmal panas baran. ikmal cemburu buta.
mula-mula leya anggap tingkahlaku ikmal tersebut adalah sebab ikmal sayangkan dia. dia percaya apa yang dilakukan ikmal semua untuk menjaga keharmonian mereka.
tapi sikap bengis ikmal sangat kelihatan ketika ikmal marah. bukan setakat batang tubuh leya pernah menjadi mangsa. tapi..habis barang2 yang ada berhampirannya di campak.

ok.

cerita tu panjang lagi.
nak shortcut je..

so..salah sapa sebenarnya?
apa yang perlu korang buat untuk jernihkan keadaan?


selamat berfikir kawan

 




~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

1 komen yang perlu dibaca:

  1. jom join contest senang kat blog erin:

    http://ehemsz.blogspot.com/2011/12/like-eisya-contest.html

    yang lain pon jom join

    ReplyDelete

page

Followers