Friday, November 7, 2008
**SIRI EMPAT**
**dilema hati**

Welcome to seri kembangan razlina...november..suasana perumahan dah bertukar bagi aku. Tempat yang suasananya aman dan sunyi aku telah tinggalkan. pangsapuri presint 11 telah aku tinggalkan. semua memori lama telah jauh di tinggalkan..awal november menjadi detik indah bila aku dapat meninggalkan kediaman yang aku tidak rasakan bagai syurga dunia.

tinggal dikawasan yang agak sesak, menjadikan suasana terasa lain. aku sayangkan putrajaya, tenang, jauh dari kesibukan kota. namun satu bebanan bagi aku dan sahabat jika terus mendiami kediaman yang kami rasakan bagai neraka.

rumah teres aku kini benar-benar selesa. dan minggu depan aku akan menerima seorang lagi penghuni baru. cuma rumah aku sekarang ini masih lagi kosong. biasalah...baru bertapak. sepatutnya hari ini kami menerima penghuni baru tu..aku langsung tak kisah.

semalam..hari berjalan-jalan sedunia. walaupun aku menghabiskan masa sendirian, tapi aku tetap gembira..mengemas kediaman baru yang bakal menjadi kediaman tetap aku. sungguh, aku selesa. kemudahan pun bukan sikit..

biarlah aku gelar sahabatku ini sebagai "cici". rentetan kisah cintanya berlanjutan lagi. dari hubungan cintanya yang agak kelam kabut hinggalah buah hatinya memberi cadangan untuk mengikat tali pertunangan. aku sendiri kurang faham dengan pendirian cici. malah dia tampak berani, lantang dan boleh menyuarakan pendapat sendiri..

seorang yang berpendirian tegas dalam kerjayanya tiba-tiba menjadi selembut sutera dalam membicarakan soal kehidupannya sendiri. aku bukan tidak menggalakkan cici bertunang. tapi aku kurang yakin ketulusan lelaki itu. di saat bercinta pun si dia endah tak endah.. apetah lagi perangainya apabila berjaya menguasai cici kemudian hari.

aku menulis sekadar ingin mengutip pendapat untuk membantu cici. mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan cintanya..aku telah mengulas kisah cinta cici di siri dua dilema hati. kini hujan tidak, ribut pun jauh sekali, buah hati cici mencadangkan tarikh pertunangan mereka.

yang aku hairankan, si dia langsung tidak berbincang..tau-tau persalinan bagi cici sudah di sediakan. bukan tidak boleh si cici menerima bulat-bulat..cuma mungkin dia belum lagi bersedia dengan status baru yang akan diterimanya. iyelah, hubungan cinta mereka pun tidak berjalan lancar..bagaimana mungkin mereka melangkah setapak lagi..

"cici, pertunangan bukan satu permainan. bila kau mintak putus, ini semua melibatkan keluarga ci..kau dah bersedia nak berkongsi hidup dengannya??" soalku bertalu pada cici.

"aku pun taktau lin. aku kesiankan emak dia. emak dia cukup baik dengan aku. emak dia, ayah dia..semua baik dengan aku"..cici mengeluh resah.

aku pun hilang akal menasihatkan cici. cici bukan kanak-kanak kecil yang tidak boleh berfikir. cici cukup dewasa. seumur dengan ku. dan sedia boleh berfikir. cuma cici agak gugup dengan perasaan sendiri.

akhir sekali, aku cuma boleh menasihatkan cic sembahyang istikharah..itulah yang terakhir untuk cici. kesediaan cici untuk menanti hari pertunangannya.
aku tahu, pasrah perlu ada dalam kehidupan..tapi aku juga berpegang..tak mungkin berundur sebelum kalah

mungkin sudah takdir cici bertemu buah hatinya. namun, sudah tertuliskah jodoh cici dengan si dia. memang kita hanya mampu merancang tapi semua Allah yang menentukan..tapi aku juga masih waras dan faham yang hanya kita yang berhak berusaha menentukan corak masa depan kita

berusaha merubah sesuatu dan percaya dengan adanya kejayaan bagi kita adalah yang terbaik untuk hidup. malah untuk masa depan.

bagi cici, fikirlah yang terbaik untuk diri sendiri cici..
bukan untuk buah hatimu...bukan untuk keluarga si dia.
tapi..fikirlah untuk kebahagiaan masa depanmu..

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers