Tuesday, October 27, 2009

aku emosi @ dia yang celupar??

aku dah amik beberapa contoh selendang yang aku berkenan. aku dah ade beberapa contoh yang aku sendiri turun padang dan lihat. aku rasakan cantik. maka aku ambil untuk di jadikan contoh. tapi mood kali ini bukan untuk bercerita mengenai selendang aku. tapi...kaum bukan senegeri aku.

aku memang jarang bermesra jika orang itu tidak kena gaya. jika mahu tegur aku. tegur secara berhemah. bukan siul2 dan kemudian panggil aku dengan nama yang sememangnya bukan nama aku. tolong juga jangan mengurat secara murahan seperti
"eh eh...bekang suguh..ambo nok kenal"..dari aku mahu senyum..senyuman itu akan terus beku dan mencerut masam.

sebenarnya aku bukan faham sangat bahasa-bahasa mereka. mendengar sahaja aku sudah menjuih bibir. apatah lagi kalau kata-kata itu di tujukan buat aku. sekali lagi aku kata. jika mahu berkawan..sila tegur dengan tatasusila.

mahu dijadikan cerita. satu petang ahad aku di tempat kan di tengah-tengah pasaraya. pusat tumpuan sale yang kadang-kadang di announce. dan entah dari mana timbul seorang jejaka yang aku tidak kenali. aku lihat tag. memang salah seorang pekerja.

aku buat-buat tidak melihat. aku memang malas beramah mesra. aku lihat dari ekor mata memang dia tengah tersengih2 miang. aku biarkan.
macam tiada pilihan lain. aku juga ditegurnya.
p1: name sapa? (sebenarnya aku hampir lupa loghat percakapannya. maka aku tulis seperti biasa)
aku : hanya diam malas melayan. tapi aku menoleh juga.
p1: sobong deh. name sape?
aku:hanya angkat tag dan buat2 tidak tahu.

sungguh..kala itu aku memang tidak mempunyai perasaan ingin mengenal dia. apatah lagi ingin beramah mesra. cukup...
kalau dia seorang lelaki yang waras. dia akan terus beredar dari terus kacau aku. tapi ego dia sebagai lelaki mungkin jatuh di pijak2 bila aku buat tak endah. mungkin juga dia tidak sangka aku sesombong itu. huhuhu..peduli apa aku. ada aku kesah?

dan untuk memuaskan hati dia. dia melanjutkan pertanyaan. duduk mana...negeri mana umur berapa..then bila dapat point..dia trus shoot aku.
p1: "umo dah 25, blm kahwin..andartu la"..
time tu bukan setakat senyuman aku beku..malah..segala urat di kening aku mengecut. kali ini aku bukan hanya menyampah yang tumbuh dalam fikiran aku malah sudah sebati dengan pelik. aku toleh dia sekali. dan aku kerutkan kening dan dahi berpuluh2 kali.
heish...aku yang terlalu emosi atau dia memang seorang lelaki pelik yang tidak mempunyai rupa yang baik seperti sifat bergaul yang dimilikinya?

dia celupar. ya..aku simpulkan itu. dia tetap rasa dia bagus dari aku. WTH..nasib mulut aku malas bersuara hari itu. dan sebenarnya aku memang tak ingin meneruskan debat yang membuatkan rupa itu berada dekat dengan aku. dia ingat aku perempuan gedik yang akan melayan dia seperti perempuan yang dia jumpa sebelum ini. heh!!tolong ye...

dan...
bila lama tidak menulis..aku rindu dengan page love line aku....

8 komen yang perlu dibaca:

  1. klau aku dia cakpa macam tu.. bg penyepak jek..


    atau ko tiba2 jerit..

    perogol!!perogol!!

    la la la

    ReplyDelete
  2. hahahahhaha..kene kaco...ksiannnn~
    tp apsal mamat tu xreti2 blah?
    cm xabes je cter nii?

    ReplyDelete
  3. kalau aku leen, aku kate kat dia what the TUUUTTTT!!!!

    ReplyDelete
  4. hekhek..btol gak tedi..kalo aku tau..aku jerit camtu

    ReplyDelete
  5. crite ni memang dah abis ah arc...lepas aku buat kerut2 kening...die trus blah...tapi lepastu dia datang balik..tu episod len

    ReplyDelete
  6. mengurat cara murahan.. org yg berilmu rendah je wat cenggitu. dah tu, x reti malu.. eeii.. nyampah kan ;p

    ReplyDelete

page

Followers