Wednesday, February 24, 2010

berita terkini..siapa yang perlu bijak?


sejak duduk kembali di asrama, masa berpoya-poya dan menonton rancangan TV terpaksa dilupakan. dan kalau berkesempatan, aku perlu melayari suratkhabar online utk mengetahui berita terkini.
tak lama lagi bulan 3 da nak start. bulan 3 akan ada school based experience 2 minggu, dan cuti semester selama 1 minggu. cuti -cuti pon..kemungkinan kursus bina insan guru jatuh pada hari cuti tersebut.
sekarang tengah kecoh berkenaan pengharaman perarakan maulidur rasul. tak kisah la di surat khabar, di status2 facebook, tak kurang juga penulis blog. semua mengulas berkenaan hal ini. aku sekadar mahu berkongsi idea. aku tak mahu, setiap insan yang tahu berfikir..ketandusan idea untuk berfikir secara waras berkenaan hal ini.
ini pendapat aku, secara jujur, ini pendapat peribadi.
banyak blog berkata, perkara ini di politik kan, dan bersetuju bahawa, tidak salah membatalkan perarakan tersebut. pelbagai cara lain boleh di buat, dan perkara ini semakin berlanjutan bualannya.
mungkin...alpa @ setiap manusia itu lupa, setiap perkara yang dilakukan itu mempunyai niat tertentu. ada orang kata...berarak itu bida ah semata..hm??? komen??
aku tidak kata orang itu jahil. tidak.
memang benar, perarakan itu tidak pernah di wajibkan. dan mungkin, ia telah menjadi satu kebiasaan dari kita. semua itu benar. tidak ada yang salah wahai sahabat dan ahli pemikir.

aku fikir..semua itu adalah satu pendekatan mulia, pendekatan mengingati junjungan besar kita. tidak salah berkumpul dan mengingati baginda, berarak sambil berselawat, menjalin ukhwah yang erat sesama agama. aku cuma ingin berpesan,
kawan,
jika tidak gemarkan parti, jangan campur aduk kan dengan agama. itu penting.
berarak itu salah satu amalan mulia yang cuba di terap kerajaan, pendekatan yang dari dulu aku rasa berjaya. tapi, aku juga tidak menyangkal bahawa, lagi elok jika perarakan itu di tukar ke majlis agama. tapi kita kena melihat kesesuaian majlis, sambutan orang ramai dan kesediaan hati masing-masing untuk menyertai.
menjadi lumrah manusia sebenarnya, perkara yang menyeronokkan pasti akan mendapat lebih sambutan. so dari cni. tepuk dada..tanya lah hati.

ramai berkata, berarak bukan main, tapi...rasuah..mengumpat..dan pelbagai maksiat masih diteruskan..utk apa..
hai kawan. jika aku kata kamu bodoh..kamu tidak akan mengaku, jika aku katakan kamu pandai...tidak pula nampak tandanya..:)
jika sekali pun kau buat ceramah agama, pendekatan lain, berjuhud dan berjihad semua. jika hanya kau yang mengimarahkan majlis tersebut..berjaya atau tidak membanteras dan memusnah semua gejala negative itu? jawapannya pasti tidak BUKAN?

dan disini, penekanan aku,
jangan kau hanya menunding jari atas apa yang orang lain lakukan jika kau tidak tahu apa makna kebaikan. dan jangan pula kau bodoh, mengikut orang yang sudah2 tentu kurang arif dengan agama kau.
sebagai insan, fikir, mana yang baik itu, jadikan sempadan, yang buruk itu, jadikan tauladan.


0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers