Wednesday, February 10, 2010

.tiada tajuk.

aku baru baca satu artikel apa-guru-perlu-tahu-tentang-guru.
muhasabah diri itu perlu kadang -kadang
dah balik ke maktab. hidup agak lemas dengan tugasan. tapi tetap ada keseronokan dengan cara yang lain. orang lain tak rasa berpindah randah macam aku.
tadi..cuba menjawab soalan akhir tahun. gementar tatkala mendengar soalan di baca. sungguh. kertas itu lagi rumit dari kertas sebelum ini. mungkin jugak sebab aku dah lama tidak menjawab sebarang peperiksaan. hampir 2 tahun barangkali.=).
ketandusan idea sebenarnya benar - benar mengganggu penulisan aku. tatkala aku duduk berangan sahaja, bagai mencurah idea itu..bila tatkala jari mula memetik papan kekunci, entah kemana idea tadi kering terserap. maka..entri sangat jarang kunjung tiba.
urusan papan iklan di tanah pusaka mak ayah masih lagi tergantung. lambat sungguh syarikat itu bertindak. aku selaku client hanya perlu melihat dahulu perjanjian yang telah di buat. suruh di emel pada aku. haram..dekat 6 bulan menunggu. alasan memang banyak diberikan. tunggu sahaja hujung minggu ini. kalau ada rezeki mak ayah..dapat la bergoyang kaki..bersenang lenang..=)
nyata perasaan aku. rindu telatah nakal 2 Elite, gurauan 4 Dedikasi. Mereka itu memori. sangat gembira dan teruja rasa hati aku tatkala melihat mereka amat berselera meratah mee sup yang aku sediakan. penat lelah 1 malam bersama hidayah bagai hilang di tiup angin. dan tika itu aku sedar. keikhlasan tidak mampu di bayar dengan apa jua.
aku gembira, mereka memuji masakan aku, kad - kad comel sebagai pengganti diri menunjukkan mereka menghargai aku. kalau mereka mahu tahu. aku pun sayangkan mereka. marahkan mereka supaya mereka menjadi pandai. denda mereka supaya mereka sedar. yang mana salah yang mana betul



~.lynn.~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers