Sunday, March 7, 2010

di risik lg..


sejak kebelakangan ni. masa selalu mencemburui aku. 24 jam terasa sangat suntuk untuk dibazirkan. sampaikan bila aku baring-baring tanpa tujuan, mesti badan rasa tak selesa. mesti tangan secara automatik nak amik buku baca.
jgn slh anggap lak aku asik maen game fesbuk. yg tu bkn aku yg main. aku dah upah jin supaya jg tanaman n kucing belaan aku si chichi tu. kalau tak..jenuh la aku. tapi upah jin pon kene bg makan gak.
minggu ni minggu SBE @ dalam bahasa melayunya adalah pengalaman berdasarkan sekolah. sekejap je rasa masa berlalu. dah masuk bulan 3. habis SBE dah bulan 4..then lagi 2 bulan aku akan posting mengajar. rasa macam tak cukup persediaan lak. sedangkan budak2 ijazah perguruan masih sibuk tunggu panggilan intbiu n posting. aku dah nak praktikal. hm..bgslah..=)..macam masuk akademi fantasia. kejap je da leh klua jd penyanyi. cuma yang membezakan nnti adalah cara bekerja.
satu perkara yang aku betul2 kurang gemar adalah pensyarah2 memandang KPLI ni sebagai fast track yang akan menghancurkan sistem pengajaran. tidak seperti pelajar PISMP. hm?? dimana logik kenyataan itu. perkara ini berkisar kembali dengan didikan mereka semasa dimaktab. aku rasa...kami cukup terpilih untuk menyertai program tersebut. kami bukan calang-calang orang yang tangkap muat. berbanding dengan pelajar yang terus memohon memasuki maktab. belum tentu mereka berbakat. cuma yang membezakan kami ialah latihan. tapi dari segi pengalaman dan cara menghadapi dunia luar. ternyata kami lebih unggul..=)

SBE, aku lakukan dikampung halaman. dan kiranya aku baru sahaja pulang dari perantauan. panas macammana pun johor..aku tetap suka duduk di rumah sendiri..

kali ni aku nak berkongsi cerita. cerita ni aku perolehi dari emak semasa aku menjamah makanan ketika pulang semalam.
emak kata, sabtu lepas..ada orang datang merisik. aku pun buat muka pelik..aku cuma sampuk 1 perkataan.."merisik lg?"
mak terus buat muka excited mahu meneruskan cerita. "ye..merisik..cik misah kau yang datang tanya.."
cik misah? terus kepala otak aku berlegar2 mencari jawapan. sejak bila pula makcik sepupu aku tu ada anak lelaki bujang. tapi aku biarkan emak terus bercerita. ayah dari tadi diam meneguk air nescafe.
"ye..dia tanyakan engkau untuk orang parit HJ NOH. anak si HARUN"
aku terus tersentak. tapi mak stil wat dono. trus bercerita.
"dia ckp pernah anta kau balik sekali. then die cakap kat mak dia..berkenan kat engkau. dia tu kawan bangjak kan.."
"oo..."aku terus tak tahu jawab ape..dalam ati berdebar jugak. trus aku tnye mak
"then..mak jawab ape?" "mak jwb..nnti mak tnye tuan empunya diri"

hal2 lain adalah *rahsia*..hehe..perbualan dengan mak aku hanya boleh dirakam sampai ctu. aku terus la terpk..bukan susah kalau jadi gadis kampung ni nak kawen. terima je lah risikan2 orang. seminggu kemudian, mesti dah bertunang *__*.
aku kan da nak posting..so kalau la aku kawen dlm masa terdekat..mesti aku dpt posting kat kg ni sebab kawen dgn org kampung kn..kn?
huuuuu

hei2. tapi aku tanak la..buatnya aku stil kene posting sabah sarawak..kesian kat suami aku. baik la idup single mcm sekarang. risaukn mak bapak je...itu pun ade abg yg tua tlg tengok2 kan..tgh2 taip ni..tbe2 je si NURIN call. dia ckp dia nak tunang..
so..congratulation at advanced for nurin n emy...
dan pasti..11/6 kena masukkan dalam takwim wajib utk pergi. nantikan aku bumi segamat..*>*.

dan dengan lega aku nyatakan
1. vdeo & report utk teknologi pendidikan - fraction year 3 - DONE
2. slide & report utk teknologi maklumat - fraction year 6 - DONE
3. Bahasa Melayu Komunikasi - laporan & shooting forum - DONE
4. Ilmu pendidikan - behaviourism slide - DONE
5. Ilmu pendidikan - peta minda utk bimbingan & kaunseling - ALMOST DONE (1 part je lg)
6. PJ - gerakan asas & gerakan kreatif - yg blm adalah practise & cari lagu
7. Math - RPH, weekly & yearly - DONE
8. BI - RPH & scheme of work (1 year) - tinggal nk msk kan sound system,CCTS, moral value
8. Math - SBE report.

so..ade lg x?
harap2 tade yg tertinggal..
memang ptt pun sejak kebelakangan ni demotivate n tade mase utk diri sendiri. even nak berblog pon tak tau nak buat bila.
ni nasib dah ade kat umh..
dan berblog ble ade cerita nak dikongsi..=)..

1 komen yang perlu dibaca:

  1. salam...
    saya, siti norsalha ingin menjemput cik razlina binti mohamed untuk datang ke majlis perkahwinan saya bersama pasangan pada hari AHAD (28/03/2010)di alamat No. 14, kg parit baru, seri medan, 83400 batu pahat, johor.......Semoga dengan kehadiran pihak cik dapat memeriahkan lagi majlis kami...sekian, terima kasih...

    ReplyDelete

page

Followers