Sunday, August 21, 2011

episod duka ramadhan 1

tepat pukul 7.30 pg.
aku terus menapak pegi sekolah.
time tu hari rabu.
hati tengah gundah. aku tekad. dapat cuti atau tidak aku akan terus menapak ke kampung.
tepat pukul 12 tghari aku sampai rumah.
rumah sunyi.
mungkin sebab mak dah takde kat rumah.
aku cari abah.
dia tengah duduk dekat meja dapur termenung.
bila isteri dah tak ade macam biasa abah mesti rasa canggung. terus aku telefon adik tanya dia balik pukul berapa.
aku hanya sempat mandi dan pakai baju kurung balik. terus bertolak ke hospital. sampai hospital masa tu tepat pukul 2. waktu melawat tengahari dah nak habis. tapi aku terus tunggu mak. mak merungut lapar. mak merungut sakit. hati aku time tu macam terhiris-hiris. tapi aku lega sebab dah nampak emak depan mata.
mak dah start puasa pukul 10 pagi. operation sepatutnya berlangsung pukul empat. mak masuk wad kelas 3. walaupun nurse semua baik. tapi layanan dieorang lambat. aku terus serahkan GL aku. setiap jam aku tanya bila nurse nak pindahkan mak aku ke kelas satu.

aku perasan, hari tu ramai pesakit keluar masuk. sebab tu jugak aku tak desak sangat nurse-nurse tu. dalam pukul 6 petang, mak di bawak guna kerusi roda. mak dapat dipindahkan ke bilik depan. selesa. ada aircond. wad kelas 1.
abang dan akak ipa aku dah sampai dari ipoh dan muar. abang sulung dan abang kedua pun bergilir tengok mak. tapi hak menjaga memang diserahkan pada aku sebab aku anak kedua perempuan lepas akk.

tepat pukul 12.30 malam nurse ketuk pintu blik. suruh mak ready untuk masuk bilik bedah. time tu aku tau emak gementar. aku apetah lagi. mak dah 64 tahun. kali terakhir masuk wad adalah masa lahirkan aku 27 tahun yang lepas. tanpa pembedahan. mana mak tak cuak tetiba nak kena operate dalam usia tua.

bermula dari 12.30 malam hinggala 3.00 pagi aku tunggu kat luar bilik bedah. dalam berdebar dan takut. aku berjaya jugak tunggu sampai 3.00 pagi kat luar bilik bedah mak diusung keluar dari bilik bedah sambil muntah-muntah. sangat menderita tengok emak time tu. emak muntah kuning. muntah tanpa keluar apa sebab dah lebih 12 jam puasa.

*****************

dah panjang sangat. nak buat entry episod kedua.
sekian.
lagipon esok sekolah.
bye

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers