Monday, August 8, 2011

salam ramadhan

assalamualaikum.
salam ramadhan semua.

semakin kurang sekarang ni masa aku untuk menaip. sangat sibuk dengan kehidupan seharian. apatah lagi dengan sistem baru kementerian. walaupun sistem ni agak leceh, aku sebagai penggemar IT sangat mengalu-alukan perubahan yang menggembirakan hati kecil aku. yela. dulu cita - cita aku pun nak sebarkan pasal open source pada murid - murid. tapi ternyata, kat sekolah sangat ciput pengetahuan pasal open source. sampaikan aku rasa takde teman nak ajak berbicara pasal open source, takde kawan nak berbual pasal hal komputer lagi.

sangat sedih.

time ni la mula menghargai yang aku timba kat OSCC dulu, betapa nich mudah berkongsi ilmu baru pasal open source, betapa luas nya teknologi yang boleh digunakan. sekarang aku rasa sunyi dan buntu dengan teknologi yang aku tau. aku mahir, tapi aku tak gunakan. macam takut besi yang ditinggal lama akan berkarat.


rindu.rindu.rindu.
rindu dengan keadaan yang dah berlalu.
ramadhan kali ni makin sunyi kalau nak dibandingkan dengan ramadhan yang lepas - lepas. yela duduk terkontang kanting seorang diri kat bandar JB ni.
dan sekarang..
sebab duduk sendiri, nak tak nak..sbb malas nak merayau ke bazar dan kesudahan tidak akan ada juadah di beli..aku kena la merajinkan diri untuk memasak.
dah masuk syawal ke 7 dah.

stok makanan pun dah nak abis.
ni terasa nak duduk bawah ketiak emak balik ni macam adek..!


mak nak balik

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers