Saturday, August 27, 2011

duka ramadhan 2

mak dah keluar bilik bedah dengan muntah kuning.
dalam 2 jam jugak keadaan dia tu. kaki tak leh gerak sebab kejang kena bius. then perut lapar. tak leh makan lagi. time tu kesabaran seorang anak memang diperlukan.

tunggu sepanjang malam then melayan dia time sakit. time tu aku terus rasa aku memang perlu anak ramai supaya dapat jaga aku gilir - gilir bila dah tua.

time tu memang mata tak boleh nak lelap walau sepicing. pukul 5 pagi mak terus kejut nak terkencing. dia cakap nak pegi bilik air. kaki dah boleh gerak. mungkin time tu aku terlelap. bangun mamai-mamai mak yang baru habis bius mintak berjalan. sungguh kaki dia langsung tak kuat. menggigil sangat. tapi aku dalam tak sedar papah jugak mak berjalan ke bilik air.

siang tu mak dah boleh tersenyul riang. dia dah boleh mintak nurse tolong tukar cadar dan tuka baju. dah selera nak makan. dan akhirnya setelah 1 hari bedah doktor pakar kata mak dah boleh keluar sabtu. alhamdulillah.
malam kedua tu aku tidur kat wad satu sorang-sorang. memang berdebar. aku memang tak boleh nak lelap mata.

aku terus telefon anak sedara aku mintak tunggu kat wad sama. naseb dia ok je. terus naik atas n tido sesama kat kerusi malas. memang berdebar woh. walaupun menunggu orang sakit. bila ada kawan berbual aku tak rasa sunyi. mak pun dah boleh tidur nyenyak.


sekarang.
time aku taip entry ni aku dah selamat sampai kg lagi bercuti untuk hari raya.
mak masih berbalut kaki.
masih duduk atas katil besi baru
dan aku lega bila tengok dia ada depan mata.


kejayaan ibu bapa mendidik anak adalah melihat ketika mereka sakit. ketika mereka tua
semoga aku dapat membalas jasa mereka
amin




~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

1 komen yang perlu dibaca:

  1. mak ko sakit ape lin??smoga beliau cepat smbuh..be strong ye?btw,slmt hari raya maaf zahir & batin :)

    ReplyDelete

page

Followers