Pages

Wednesday, November 11, 2009

pasangan hidup yang ideal itu adalah.............


sebenarnya hari ini..aku teringin mengupload stock selendang lagi. tapi biarlah. esok-esok saja aku menunaikan niat. aku baru sahaja lepas makan tengahari. dan keadaan perut sungguh selesa selepas menikmati ikan bakar cecah asam. tidak perlu mencari hingga ke depan masjid negara seperti di khabar kak zila. di cyber, masakan itu antara paling glamer di sini.

selepas event besar hari itu, kadar kebizian terus menurun. aku boleh menarik nafas bila boleh membuat entry setiap hari. dan aku amat gemarkan situasi ini. lagi beberapa hari, kalau jadi seperti di kata kami akan berjumpa semula. reunion yang kecil-kecilan seperti ini membuatkan hati aku berbunga ceria.

wah..sorry..entry tersebut langsung tiada kait mengait dengan tajuk yang aku beri. aku sebenarnya ingin menafsir maksud pasangan hidup yang sebenar. bukan aku terlalu memilih. dan antara rakan-rakan aku, akulah yang paling tidak cerewet. dan nasib aku baik..jejaka pertama yang menyemai janji. aku percaya mampu membimbing satu hari nanti. bak kata orang...tuah ayam nmpak di kaki. tuah manusia...sambung la sendiri..=p

baik...memilih pasangan hidup bukan bagai memilih buku di susunan rak. tapi lebih kepada memilih isi di dalam buku. kadang-kadang bila kita tersedar..kita sendiri rasa..seperti pernah terbaca ungkapan itu, pernah mengulit kenangan itu. tapi perenggan lain yang kita kutip dan di jadi kan bahan karangan. biasalah..itu namanya kita tidak berjodoh.

memilih pasangan juga bukan seperti memetik kuntuman bunga di taman. asal cantik luaran kita petik dan sunting untuk dijadikan hiasan. ia lebih kepada kita menanam benihan, menyiram penuh kasih, memerhati tanpa jemu, melindungi tanpa sangsi supaya bunga idaman hidup subur, jambangan yang keluar bakal memekar.

dan beringat lah bahawa, memilih pasangan bukan semudah memecah kaca yang utuh, tapi ibarat menyambung kaca-kaca pecah bertaburan. berlainan bentuk dan perlukan perhatian. dan kita kena sentiasa beringat, tersilap langkah jari boleh terluka, hidup juga boleh menderita.

aku juga berhadapan benda yang sama. aku selalu terfikir...mampukah aku..
sama ada aku mampu mencantum kaca pecah untuk si dia, supaya kaca yang pecah mampu menjadi utuh kembali. atau mampukah aku, menjadi bunga paling indah dalam hidupnya. atau mampukah aku..menjadi ungkapan paling indah, cerita paling puitis dalam hidupnya. dan dalam bicara aku semakin mengerti..pasangan hidup yg ideal itu adalah :
1. teman yang mampu menemani kau. semasa kau susah ataupun senang. sentiasa ada untuk kamu harapkan. (paling tak pun, kalau takde dekat..tapi sentiasa bagi support yg memberangsangkan.)

2. sentiasa mahu mendengar.
(tapi percayalah bahawa, sebelum kau meminta sudah pasti kau memberi. jika engkau seorang yang tidak mampu mendengar permasalahan si dia, jangan mengharap sebaliknya)


3. sentiasa menerima kamu tanpa sebab tertentu
(yang ni biasanya lebih kepada fizikal. cth : aku gemok..hitam pulak tu..bf aku akan cakap : bkn gemok..tapi chubby..dan banyak je org yang berkulit gelap itu cantik..contohnya aishwarya rai..maya karin..beyonce..etc..etc)


4. jujur
(aku selalu rasa. pasangan yang ideal adalah yang jujur terhadap pasangan nya sendiri. sebab..bagi aku..pasangan kitalah yang paling mengenal sifat kita..cara kita dan pe el kita yang entah hape-hape)


5. so kesinambungan bagi no 4 adalah percaya. (sebab..kalau dia tegor kita mulut busuk, ketiak kite masam..mesti lah kene percaya n berubah utk die..cube kengkawan..mesti kita dah jadi senctip)

6. memahami
(takkan time kite tade mood dia nk cari pasal pulak kn??)


7. tidak berkira
(kalau kau kongsi barang dengan org...boleh la berkira..takkan dengan bakal teman hidup pon rm 0.10 pon berkira..?? cube bayangkan..bila aku kasi adiah pada kau hari ni..esok kau mesti balas..siap tulis...pecah kace pecah gelas..lepas dapt.jgn lupe balas.. hek.....)

8. aku rasa macam dah habis idea..tapi nak jugak lengkap kn jadi sepoloh..so no 8 adalah..positive..=p (sifat ini perlu adalah bila..salah satu pasangan tu asik -ve je..mesti perlu ada sifat +ve ini untuk meneutralkan keadaan. kalau tak tak ideal la namanya)

9. entry ini akan menjadi terlalu panjang bukan?? haha lantak..tidak kedekut (ni lebey kepada tak berkira la..tapi berkira bukan kedekut..yang tu dia nk semua yang dia bagi dia kene dapat balik..kedekut ni lebey kurang camni. nak date..ajak awek pi makan kat warung..dia order air masak n roti kosong. bila gf/isteri nak bli nasi goreng kg..dia akan jegil2 mata sambil picit dahi n cakap.."asik nak makan mahal je" dalam nada berbisik tapi korang boleh denga)

10. yang last sekali adalah give n take..(kirenye bertolak ansur lah. ape-pae saje boleh bawak bincang bukan?.)

dan aku berdoa semoga..pasangan hidup aku yang ideal itu adalah kamu..

Tuesday, November 10, 2009

mahu berjalan-jalan di taman botani? mari saya ceritakan

aku hampir lupa mahu upload pict ini. Mungkin ketika pagi ini mood aku sudah hilang. Hajat hati aku yang pertama sekali adalah untuk mengelilingi kawasan botani menaiki basikal. Seawal 8.00 pagi aku tiba di kawasan botani.

Hmm...yang kelihatan hanya beberapa orang yang sedang memanaskan badan. Matahari hampir naik ketika aku mengambil angin di kawasan sekeliling. Bila tiba di kawasan penyewaan basikal aku di fahamkan operasi hanya bermula pada 9.00 pagi.. ok..thats it..aku menurut. Dari membuang masa, sudah tentu baik aku berjoging terlebih dahulu. Alang -alang sudah sampai.

Dan ini lah hasil joging aku dan mima pagi itu. Sekurang-kurangnya walaupun tidak banyak kalori terbakar, kami sudah menghirup udara nyaman. Sistem penyiraman tanaman ketika kami berjoging tengah aktif. So kawasan joging agak lembap. Sempat juga aku melawat dan berposing sakan.


tahu bunga apa yang aku pegang?? ini bunga raya..

nampak comel bukan?? posing atas batu

yg ni..mls nk komen..huhu..

aku jakun bila nampak pokok ini. dan selama hidup aku..baru aku tahu..pokok ini pokok johor..kenapa johor pilih tumbuhan yang tidak berbunga untuk dijadikan bunga negeri??
mungkin sebab johor itu unik. seunik orang-orangnya.
seunik bahasanya..
dan seunik budi nya
dan "lepisanthes alata" menjadi tumbuhan bernama pokok JOHOR


ha..inilah pokoknya..hairan bukan? kalau selangor orkid.. negeri kamu apa pula?

dan ketika berjoging aku sempat juga memasuki terowong bunga kertas ini. aku ingtkan dalam terowong ini penuh bunga kertas..rupanya terowong ini di kelilingi oleh bunga kertas. tidak percaya..sila rujuk gambar.

kulit ini perlu air juga

hm..bila jadi perempuan ini..pelbagai benda perlu di fikir..salah satunya sudah tentu pasal penjagaan kulit muka. terlanjur selepas aku pulang dari gym di cyber..cadangan mim utk buat facial aku terima dengan terbuka.
dan gambar-gambar di bawah adalah tempat facial yang kami pilih.







dan hasilnya..aku lupa untuk ambil..hehe..tapi yang penting..mencuba itu tidak salah. jika anda berminat. jangan lupa mencuba. pelaburan hari ini mungkin berguna untuk hari tua. iyalah...usia di ambang 25. pasti serum2 ketuaan..kedut-kedut muka..garis-garis melintang akan muncul.
tapi percaya atau tidak..walaupun kulit ku tidak semulus artis malaysia..tukang facial tersebut kata..dari kulit aku..aku nampak macam berumur 20 tahun. hekhek...dan pegmentasi ketuaan belum lagi bermula. dan secara kesimpulannya. kulit aku sihat. cuma kekurangan sedikit air..bagai badan kita. kulit juga memerlukan air secukupnya. dan bagi masalah aku. aku hanya perlu pakai moisturizer dan air secukupnya.
aku sudah...anda semua bila lagi??
Monday, November 9, 2009

new stock= kain +shawl

kain baju
c001
coo2 - sold to mima
coo3 - sold to syeni

c004 - sold to syeni

c005 - also available in :
pink abs
yellow abs
green abs
coo6
coo7
c008
*****************************************************
shawl
choc rector
bubble blue
spidium black - sold to zura
bubble rainbow

kain baju = rm 45 (code adalah penting untuk rujukan)
shawl = rm 17

utk booked just email me at cindaiungu[at]gmail[dot]com ataupun isi je form tempahan yang disediakan. semua itu mudah bukan??
untuk setiap pembelian secara pos, wang pos akan di kenakan.
sebarang urus niaga hanya berlaku bila wang telah di bank in. segala butiran lanjut akan di emel pada anda semua bagi membuat pembayaran.

dan jangan lupa check here again utk tgk kain2 baju ini di atas badan model..=)

thanks

pasir-pasir

pernah maen pasir-pasir??
mesti la jawapan korang yang dah besar-besar ni malu btol?
hari itu..lepas balik kerja..aku pon singgah jusco. demi menghabiskan masa yang terluang. dan melayan kerenah adik-adik ni..aku pon maen pasir-pasir di ambang waktu antara menjadi isteri dan anak dara..eceh......

bila aku dah start pegang pasir-pasir ni..mula la semua yang lalu lalang tertarik untuk melihat hasil karya budak comel yang tengah bermainbermain pasir ini. dan oleh kerana aku memang biasa main pasir-pasir semasa belajar di shah alam..tidak menajdi masalah bila aku menjadi perhatian orang lain..=)

so lyn la craft kali ini ye..enjoy..







Tuesday, November 3, 2009

stok pertama

ini adalah jualan percubaan.
anda juga boleh tempah corak @ warna yang anda ingin kn...
so jika mau book...hanya email sy di
cindaiungu[at]gmail[dot]com[dot]my


dan kemudian deposit kan wang anda di akaun yang saya akan emelkan.
mudah bukan. segala nya kini di hujung jari.

bagi harga permulaan..setiap helai hanya berharga Rm 17 setiap helai. =).
lupe lak nak letak..harga pos adalah mengikut tempat...pos ini pos laju ok.sebab ini adalah stok permulaan..harga pos termsuk tudung hanya lah rm 22..

1.red hibiscus berry - sold to ina

2.orange mustard - available

3.choc chocho - available

6. rainbow black - sold to lida

5.lime terry - available

6. blue corny
*sold to nora*

bakat...mengalir melalui keturunan jua..

minggu lepas..aku baru je balik kampung. mak aku sekarang tengah sibuk buat kueh. excited benar dia menguli kueh untuk dijual. maka tangan seni aku pon cepat-cepat merebus keledek. iyalah..hantar kueh pukul 8 pg..pkl 12 sudah habis. time tu rasa xcited nak menguli kueh..agak excited.

mak aku memang pakar buat kueh. dan aku yakin..aku juga mewarisi bakat yang sama..huhu..walaupun hanya kueh-kueh ringkas..aku jugak yakin diri yang aku mampu hasilkan kueh sesedap mak aku pernah hidangkan.

aku ada amik jugak 2 3 pict semasa aku sibuk menguli sampai kan mak aku bising. iyelah..mana nak pegang hp..mana pulak nak uli tepung dalam kalut-kalut tu. dalam pukul 12.30 tgh start uli 2 jenis kueh...pkl 1.15 ptg kueh siap di goreng.

time rasa berpenat lelah menguli tepung ni aku rasa macam keringat aku jadi berharga. mula la aku terbayang kontraktor-kontraktor binaan. mat-mat tar jalan. rasa kasihan melebihi segala. kadang-kadang bukan mereka sendiri minta takdir mereka membanting tulang sehingga tua. tapi masa muda..mereka kurang peluang.

ramai jugak yang mencemuh bila melihat mereka kerja sebegitu. kadang-kadang suara sumbang memang menyakitkan telinga..contohnye
"itulah..time muda malas..kn dah tua penat"..kesian mereka..

tapi..antara mereka..aku bingit bila anak muda yang baru berputik..baru bertunas mekar mengeluarkan kata "ala...dah padat lah kepala..belajar dah tak masuk"...ketika itu..walaupun dia sekacak dan secantik mata di depan aku..pasti..aku akan mencebik dan menggeleng kepala. itu adalah tindakan spontan pertama yang akan aku lakukan.

dan..percayalah bahawa..itu yang aku lakukan. sebab aku terfikir..aku yang dah tua ni pon larat lagi untuk menimba ilmu. mereka yang baru menjadi putik jagung sudah berputus asa begitu. kini sebenarnya..siapa yang patut di salahkan??

so layan je ah pict2 aku...

kledek yang baru lepas di rebus dan nak di hancurkan
hasil lepas di lumatkan
letak dalam dulang
campo dengan tepung

gaul-gaul
tada..dah jadi kueh keria
dan goreng

dan kemudian..dari adunan same..kita leh hasilkan lagi satu kueh. iaitu..cucur badak.cume cucur badak letak inti di tengah..dan inilah hasilnya

Tuesday, October 27, 2009

aku emosi @ dia yang celupar??

aku dah amik beberapa contoh selendang yang aku berkenan. aku dah ade beberapa contoh yang aku sendiri turun padang dan lihat. aku rasakan cantik. maka aku ambil untuk di jadikan contoh. tapi mood kali ini bukan untuk bercerita mengenai selendang aku. tapi...kaum bukan senegeri aku.

aku memang jarang bermesra jika orang itu tidak kena gaya. jika mahu tegur aku. tegur secara berhemah. bukan siul2 dan kemudian panggil aku dengan nama yang sememangnya bukan nama aku. tolong juga jangan mengurat secara murahan seperti
"eh eh...bekang suguh..ambo nok kenal"..dari aku mahu senyum..senyuman itu akan terus beku dan mencerut masam.

sebenarnya aku bukan faham sangat bahasa-bahasa mereka. mendengar sahaja aku sudah menjuih bibir. apatah lagi kalau kata-kata itu di tujukan buat aku. sekali lagi aku kata. jika mahu berkawan..sila tegur dengan tatasusila.

mahu dijadikan cerita. satu petang ahad aku di tempat kan di tengah-tengah pasaraya. pusat tumpuan sale yang kadang-kadang di announce. dan entah dari mana timbul seorang jejaka yang aku tidak kenali. aku lihat tag. memang salah seorang pekerja.

aku buat-buat tidak melihat. aku memang malas beramah mesra. aku lihat dari ekor mata memang dia tengah tersengih2 miang. aku biarkan.
macam tiada pilihan lain. aku juga ditegurnya.
p1: name sapa? (sebenarnya aku hampir lupa loghat percakapannya. maka aku tulis seperti biasa)
aku : hanya diam malas melayan. tapi aku menoleh juga.
p1: sobong deh. name sape?
aku:hanya angkat tag dan buat2 tidak tahu.

sungguh..kala itu aku memang tidak mempunyai perasaan ingin mengenal dia. apatah lagi ingin beramah mesra. cukup...
kalau dia seorang lelaki yang waras. dia akan terus beredar dari terus kacau aku. tapi ego dia sebagai lelaki mungkin jatuh di pijak2 bila aku buat tak endah. mungkin juga dia tidak sangka aku sesombong itu. huhuhu..peduli apa aku. ada aku kesah?

dan untuk memuaskan hati dia. dia melanjutkan pertanyaan. duduk mana...negeri mana umur berapa..then bila dapat point..dia trus shoot aku.
p1: "umo dah 25, blm kahwin..andartu la"..
time tu bukan setakat senyuman aku beku..malah..segala urat di kening aku mengecut. kali ini aku bukan hanya menyampah yang tumbuh dalam fikiran aku malah sudah sebati dengan pelik. aku toleh dia sekali. dan aku kerutkan kening dan dahi berpuluh2 kali.
heish...aku yang terlalu emosi atau dia memang seorang lelaki pelik yang tidak mempunyai rupa yang baik seperti sifat bergaul yang dimilikinya?

dia celupar. ya..aku simpulkan itu. dia tetap rasa dia bagus dari aku. WTH..nasib mulut aku malas bersuara hari itu. dan sebenarnya aku memang tak ingin meneruskan debat yang membuatkan rupa itu berada dekat dengan aku. dia ingat aku perempuan gedik yang akan melayan dia seperti perempuan yang dia jumpa sebelum ini. heh!!tolong ye...

dan...
bila lama tidak menulis..aku rindu dengan page love line aku....
Tuesday, October 20, 2009

tolong jangan.....

Rutin harian...yang aku rasa seronok walaupun penat. Orang-orang yang baru aku kenal memang mudah bergaul..kecuali 2 3 org muka agak bengis..ala..bengis macam mana pon..aku tak amik port..

tapi..sejak akhir-akhir ni aku rasa macam bersalah bila balik awal dari ofis. Jam berdetik 5.30...aku segera off PC..trus chau. Bagi aku, kerja tak mungkin habis walau aku stay sampai malam pun. Lagipun kerja kedua menanti aku jam 7.00 malam.
Memang agak letih. Badan pun makin senang dapat sakit..tapi sekurang-kurangnya masa luang aku terisi. Kalau aku berhenti dari kerja sambilan ini...ada sesiapa boleh bagi cadangan..apa sepatutnya aku buat??

  1. nak jual selendang juga?

  2. Buat service repair2 baju / sulam2

  3. jual kueh mueh

  4. bukak tusyen addmath/math kat kawasan rumah?

Alah..letihnya nak pk..aku ade gak cari supplier2 selendang2 cantik. Dan dah jupe satu..tapi aku pk jugak..nak jadikan sape pulak modelnya.

lagi 2 minggu dah nak event kat PICC..ofis dah start bz..smua dah buat muka tension. Aku pon makin tade mood nak tulis rutin hidup yang aku rasa makin bz sampai takde masa untuk diri sendiri..nak sambung novel hati aku pon terbengkalai dah jadinya.

Kata budi bahasa tu budaya bangsa. Tapi tak semua praktikkan benda tu..lagi-lagi kalau orang tersebut POYO (proud of your own)...bangga dengan diri sendiri. Kisah aku nak ceritakan kali ni dah biasa sangat kita tengok kat mana-mana pasaraya. Yang customer tu marah-marah cashier tak tentu pasal. Aku letak kat cni beberapa contoh

babak 1

cust : ei. Apehal harga mahal ni?? awak ni tak amik perkembangan semasa ke pasaraya awk ni? Teruk betul ah. Kan ada diskaun ni.

cashier : maaf encik. Kat cni takde steaker.Kami.......

cust : ah..pndai ar tu nak bagi alasan. Dasar cashier

(kalau pk secara logik...dekat pasaraya tu ade brape ribu barang untuk sorang cashier ingat stiap perubahan harga barang? ..kalau customer tu pandai tahap PHD pon..tak akan die leh ingat setiap inci benda)


babak2

cust : alah..lembap gle cashier ni buat kerja (cakap kunun2 bisik ngan awek kat sebelah)

cashier : maap encik. Pelanggan ramai. Sorry tunggu lama

cust : dah dah..kire ar cepat sikit. (sambil peluk2 n gesel2 ngan awek)

cashier :.......(buat muke cam tak selesa)

cust : woi. Ko buat aje ah keje. Sebok hal aku kenapa??

cashier : …...........

cust : hah..tak guna.

(pdhl cashier tu tak cakap apa..die yg mkn cili...yang rasa pedas..)


Babak 3

cashier : en. Benda ni kena pegi timbang

cust : owh lupa..awak pegi la timbangkn..

cashier :...........(terkedek2 berjalan cepat)

cust : lambat betol buat kerja

pdhl..pernah tak korang terfikir. Cashier itu juga manusia. Dan cashier itu juga berkelulusan seperti kita. So jgn pandang rendah pada kerja orang lain. Dan jangan rasa diri anda agung. Hormati orang lain seadanya
Friday, October 16, 2009

=avant-window-navigator on fedora=

bila tengok pc orang lain cantik-cantik guna icon pusing2. aku pon teringin nak jugak ade icon tu. tapi dieorg guna ubuntu. aku lak guna fedora. nak mintak sesape ajar..baik aku cuba belajar sendiri. btol x??
setelah aku try godeh2..aku pon cube2 la buat kat desktop gnome aku (setelah panel KDE aku ilang..muahahaha)..
ni adalah cara-cara ape yang aku buat.
1. bukak terminal
2. jadi ler root (su -)

3. rpm -ivhU http://rpm.livna.org/livna-release-9.rpm
(tapi sape2 yang dah install desktop effect..sila skip cara-cara ini. anda semua boleh active desktop effect di syste,->preferrence->look and feel->Desktop Effect)

4.dan..untuk install awn ni codingnya adalah yum -y install avant-window-navigator awn-extras-applets
5. lepas tu dah boleh launches the awn...dan customize ler sendiri..nak jupe awn manager kat mane?? same je macam step no 3 tu.

nak tau ape tu avant-window-navigator?? itu ha..icon kat bawah tu..leh customize kn..
Tuesday, October 13, 2009

takot tak bileee..........

Takot tak bile time bday sendiri..shari sebelum tu rasa berdebar macam ade org datang meminang kat kampung. Dan mak kamu terima tanpa bagitau

Takot tak bile time bday sendiri..malam tu kite rase macam sakit perut belah kanan. Tekan-tekan rasa macam sakit appendix..bila mengadu...nak kena sepak terajang??

takot tak bile malam bday rase tanak kawen sampai tua..sampaikan rasa nak hidup single pada usia 25..walaupun rasa pedih-pedih2 kat ati..tapi mulut cakap gak srh bf cari GF lain..smua tu jd masa malam bday sendiri...heh...

takot tak bila dah tiba hari bday...rasa macam pening kepala...sampai jalan kat opis rasa terhuyung hayang. Rasa nak naek moto pon goyang-goyang. Rasa macam mabuk arak. Jalan tak stabil. Tapi tetap buat muka suka. Buat muka gembira sebab dah capai usia 25..

hah......maybe smua tu aku rasa sebab aku dah tua....benci bila rasa tua..tapi kadang-kadang bangga. Bila orang tanya...
“baru lepas SPM ek??” dan dengan bangga aku jawab..
“tak larh....umo dah 25...”..
mesti tuan empunya badan yang bertanya tu terjegil-jegil tak percaya..dan aku balas ngn senyum2 sumbing...tapi..kadang-kadang rasa tak enak sebab umor dah tua..

kalau aku balik kampung..budak-budak kampung yang muda belia..dah kendong anak..aku mula terasa jadi anak dara tua..walaweiii...tak sedap weh prasaan ni. Maybe..aku patut naek krete mahal ballik kampung..supaya orang akan cakap..
“dah lah pandai...skang dah berjaya..kawen lambat pon takpe..”hhehehhehe....

Tq pada smua kawan-kawan aku yang wish...tapi kebanyakannye wish..smoge aku cepat kawen...pdhl..same-same melalui zaman andartu bersama..haha...

time bday camni mula la start rindu idop bujang time sarah n tepet kat sisi..
malam bday mesti pegi makan bsame2..huk..huk..sdey..=(
tepert kat penang...sarah dah kawen..
takkan malam bday sendiri kacau rumah tangge orang pulak..naseb ah malam ni..aku kerja..so tak trase kehilangan itu..

skang ni tgh layan lagu dari hinder..myb sbb layan lagu2 keras camtu..sakit kepala makin rase terhuyung hayang..uhhhhhh..tapi yang peliknya..tak sakit pon..cume rase tak stabil..knape ek? sape leh komen knape..
sebab aku dah tua? atau perasaan sendiri je?
smoge umur 25 ni membawa banyak perubahan pada diri ini..
senyum itu sinar hati..
dan semoga aku tersenyum dengan dia di sisi


page

Followers