Wednesday, October 29, 2008
**SIRI DUA**
**dilema hati**


Tengahari di putrajaya hari ini panas. Matahari riang memancarkan cahayanya. Tanda-tanda akan hujan petang ini tidak menampakkan sebarang tanda. Aku keseorangan lagi hari ini menjamu sarapan pagiku di presint 9. kanopi putih menjadi sasaran aku pagi ini. Semalaman aku tak terlena. Aku sendiri hairan, entah apa yang aku risaukan. Suara emak di pagi hari tatkala aku menelefon bertanya khabar menyejukkan hati aku. Abah ke kebun emak kata. Mungkin di kampung juga cuaca cerah. Semetelah itu abah ke kebun. Memandangkan kini musim tengkujuh mencelah, kebimbangan aku terhadap mereka memuncak. Peristiwa 2 tahun lalu msih segar di ingatan aku. Kampung kami yang telah 25 tahun tidak dilanda bah tiba-tiba dinaiki air. Mujur aku bersama mereka tika itu. Cuti sem membuatkan aku berada dirumah. Ada juga anak yang hendak memujuk mereka pindah. Yelah, orang tua. Memang liat bila disuruh meninggalkan rumah mereka. Maklum lah “rumah ku syurga ku”.

Jumaat lalu sepatutnya adalah hari terakhir aku berada di OSCC. Tempoh menjalani praktikal telah tamat. Aku sibuk menghitung hari pada awal-awal praktikal itu. Ternyata aku tidak dapat merasai sambutan menamatkan hari terakhir aku. Maklumlah aku telah menjadi pekerja tetap mereka sebulan yang lalu. Mungkin peah, sara, mawardi, bakri juga rosli tengah sibuk meraikan kemerdekaan mereka. Aku pula terpaksa bertugas diluar pejabat hari itu. Kerja ku menuntut aku untuk ke INTAN di bukit kiara. Mujur perjalanan aku pagi jumaat lepas lancar.

Cuti deepavali kali ini membawa sarah pulang ke desa tercinta. Riak kecewaku tergambar apabila aku bayangkan hendak pergi berjalan-jalan di sekitar KLCC pada awalnya. Silap aku juga, tidak memberi tahunya lebih awal. Tidak mengapa lah. Mungkin bukan rezeki aku agaknya.

Cuaca semakin terik menandakan hari berganjak lalu. Sudah sejam aku duduk dikerusi besi di pinggiran kedai. Menuntut ketenangan yang aku cari. Aku bukan gemar berada di luar rumah. Tapi hari ini aku memilih untuk bersantai disini menghirup hembusan angin panas yang kadang kala merengsakan.

Angin yang bertiup sekali sekala menyapa selendang merah jambu ku. Sebenarnya aku ingin membeli makanan tengahari sekali. Tapi aku sendiri kurang pasti apa yang aku inginkan memenuhkan isi perutku hari ini. Mungkin makanan itu sekalian untuk makan petang dan malam. Aku memang malas benar berkali kali keluar.

Kaki ku terasa berdenyut kembali. Aku terseliuh jumaat lepas. Bengkak juga pergelangan kaki kanan ku. Mujur ada minyak gamat yang diberi kak aidah. Kalau harapkan aku, aku cuma menyimpan balm dan panadol. Aku urut perlahan lahan kaki ku dan aku tampalkan koyok semalam bengkaknya berkurangan, namun sakitnya tetap ada.

Mujur aku masih boleh berjalan. Kalau tidak terkedang mati mungkin aku dibilik. Hehe. Kelaparan dan menunggu datangnya hari selasa untuk aku pergi semula ke pejabat. Nampaknya aku terpaksa pulang sekarang. Bateri laptop ku tidak mengizinkan aku lebih lama disini. Mungkin balik nanti aku perlu merehatkan mataku setelah semalaman berjaga. Buku cinta rinduku juga telah aku khatamkan mengisi masa luangku. Dan hari ini aku bercadang menghabiskan buku p.s. i love you dari cecelia ahern.

Ceritanya benar-benar menggamit aku. Mengisahkan seorang wanita menghadapi hidupnya keseorangan setelah suami tercinta meninggalkn dirinya berseorangan. Dan kesepian dirinya benar-benar seperti dapat aku rasakan. Mungkin aku akan bercerita lebih lanjut mengenai buku itu nanti. Sekarang yang penting adalah aku harus pulang.

2 komen yang perlu dibaca:

  1. k.lin sara mintk maap tau...pasal harituh..sara pon tetibe jer blik kg..ikut akak..sowi yer akak..klu ade rezeki kite p jlan2 yer...sara ade jer kt cni..k..sorry..=<

    ReplyDelete
  2. ~rilex la sarah..akk tak amik ati pon..
    sejak ble lak jd senctip ni? bg pon ayat2 sedih jer utk komen.....ish3~

    ReplyDelete

page

Followers