Friday, October 17, 2008
**TanggungJAwab**
"Tanggungjawab "
tanggungjawab itu
umpama menggalas batu
di atas pundak.
tanggungjawab itu
umpama menjolok mentari
dengan memandang wajahnya.
tanggungjawab itu
umpama seekor belut
di genggaman tangan.
tanggungjawab itu
umpama mengumpul embun
sebelum terbit matahari.
tanggungjawab itu
umpama menghitung helai daun
pada pohon yang rimbun.
tanggungjawab itu
umpama mendaki gunung
setinggi langit.
tanggungjawab itu
umpama menahan ribut
dengan telapak tangan.
tanggungjawab itu
umpama pencarian sebutir mutiara
dalam lautan yang dalam.
tanggungjawab itu
seperti mengasing-asingkan
bauran beras dan pasir.
tanggungjawab itu
umpama meminum racun
walau bisanya telah diketahui.
tanggungjawab itu
sebenarnya satu amanah
yang harus ditunaikan.

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers