Friday, October 31, 2008

**SIRI TIGA**
**dilema hati**

Aku menerima pesanan ringkas dari shahrul pagi tadi. Menyatakan dia sakit kepala malam semalam. Sebab itulah tiada sekeping pon pesanan aku di balas malam semalam. Aku separuh gila menantikan berita dari nya. Dan rajuk mula menjelma. Namun marah dan rajuk ku tidak lama. Aku kembali membalas pesanan ringkas. Kadang-kadang hidup begini mendatangkan rasa kurang senang dalam diri ku.


Yelah bila di kenangkan, usia perkenalan kami bukan baru lagi..hampir menginjak tahun yang ketujuh. Lamanya seperti aku mengenali 3 orang teman rapat ku semasa di teknik. Nurin, lijah dan hayati. Selama itulah aku mengenali Shahrul. Mungkin lewat setahun...tapi masa bukan menentukan berapa dalam kita mengenali seseorang.


Aku merancang untuk mencari kerja sambilan permulaan disember nanti, supaya rasa bosan dan sunyi ku lenyap. Boleh juga aku menambah duit poket. Persediaan aku untuk memiliki sebuah kereta idaman. Kalau boleh kerja hari minggu ku itu nanti aku impikan yang kurang bebanan tugasan. Enjoy dan yang paling penting memberikan aku hidup baru. Mungkin juga teman-teman baru.


Aku dah tidak betah hidup berseorangan hari minggu. Menjalani hari-hari cuti ku sunyi. Sekarang ni memang aku tidak bercadang mencari kerja sambilan kerana aku telah terikat dengan 2 komitmen dalam masa yang sama. Yelah..projek pembentangan kertas akhirku akan berlangsung november ini. Ditambah bebanan kerja lagi. Hidupku sudah cukup letih.


Rasa lapar mencucuk-cucuk perut ku. Mujur aku beli nasi lemak buat mengalas perut untuk makan tengahari. Aku teringat kisah percintaan salah seorang kenalan ku. Sebelum ini aku pernah menceritakan seorang dari kenalan ku percintaan nya dihalang oleh keluarga. Ini lain pula ceritanya. Empunya dirinya biarlah menjadi rahsia.


Kisahnya kadang kala membuat aku berfikir, apakah dia yang terlalu lemah dengan percintaannya atau lelaki itu memang seorang yang tuli rasa. Rasa marah menyelubungi diri bila mendengar keluhan kesah kenalan ku ini. Kenalan ku ini bagai dapat merasa hubungan cintanya sedikit hambar. Puas dia mencari idea menceriakan si dia yang jauh diperantauan orang. Aku sebagai seorang kenalan sedia mencurahkan idea-idea yang bernas untuk membuat kejutan pada buah hatinya. Jam, baju, hinggalah ke boxer aku cadangkan. Namun sidia masih ragu-ragu. Mungkin pengalaman cintanya agak cetek dan dia sendiri kurang arif menafsir hal cintanya. Akhirnya aku mencadangkan 100 kata-kata cinta yang diletakkan di dalam balang. Dan kenalan aku itu bersetuju. Aku memang penuh dengan idea-idea gila seperti itu.


Aku bukanlah kategori terlampau pandai bab-bab ini. Tapi aku sekadar berkongsi apa yang aku ketahui. Malah bukan seorang dua kenalan aku meluahkan rasa berkenaan hubungan percintaan mereka. Aku pula tiba-tiba seperti kaunselor lagaknya. Pandai menasihati orang lagi. Mungkin mereka kagum dengan hubungan yang telah lama aku semai bersama buah hati sendiri. Lantaran itu mereka tertarik menceritakan kisah cinta mereka padaku. Malah aku senang sekali memberi pendapat. Menganalisa perhubungan dan menenangkan jiwa mereka yang di amuk resah dipukul gelombang cinta yang menyesakkan.


Pada pandangan peribadi ku, mungkin perasaan halus yang dikongsi bersama buah hati kenalan ku ini belum cukup mematangkan hubungan mereka berdua. Lelaki itu bagai menyimpan rahsia disebalik hubungan mereka. Lelaki kalau banyak dolak dalihnya, bermaksud ada benda yang dirahsiakan dari kita. Lemah sungguh kenalan ku itu bila bercerita tentang kisah cintanya. Sedih bertautan di wajahnya menggambarkan rasa terluka dengan layan kekasih tercinta. Bila di telefon lelaki itu kata sibuk. Malahan hari minggu pun susah menitipkan khabar berita. Kenalan ku itu seboleh-bolehnya bertoleransi. Namun sungguh tidak patut sampai kan bila kenalan ku itu sakit buah hatinya boleh berkata begini.. “sudah la..runsing la i bile asik cakap pasal sakit je”.lebih kurang begitu la ayatnya. Aku pun hampir lupa ayat sebenar.


Sudahlah teman ku itu sakit. Makin sakit lah jiwanya bila buah hati sendiri tidak mahu berkongsi rasa. Bukankah bercinta itu perkongsian antara 2 jiwa. Bagaikan kalau dicubit peha kana, peha kiri yang terasa sakitnya. Bagaikan wanita mengandung suami yang terkena alahannya. Seperti siapa yang memakan rambutan dialah yang akan terasa kelat getahnya. Bila memikirkannya aku semakin keliru dengan teman lelaki kenalanku itu. Tidakkah dia berkongsi apa yang kenalan ku itu rasa? Tanggungjawab yang sepatutnya di galas langsung tidak terfikir, apatah lagi dia masih lagi menyambung pengajiannya. Malah wang persaraan dan bil telefon pun teman ku itu yang berikan.


Itulah jika kaduk sudah naik ke junjung. Kalau aku, sudah lama aku mengutuskan ucapan selamat tinggal. Dari menjeruk hati sendiri baik aku buktikan padanya aku boleh berdiri dan berjaya tanpa kasih darinya. Lagipon aku kurang biasa mendengar pepatah, kejayaan seorang wanita...berdirinya seorang lelaki menyokongnya. Tetapi aku selalu mendengar sebaliknya.

2 komen yang perlu dibaca:

page

Followers