Monday, October 13, 2008

@-^SUNYI-^@

Aku sangkakan aku ini seorang yang betah tinggal bersendirian. Melalui hidup di bandar asing tanpa rakan-rakan pon sanggup aku harungi..melangkah ke universiti berseorangan pada hari pertama pendaftaran pon pernah aku lalui. Bukan aku suka…tapi aku sekadar ingin mengajar diri aku berdikari.

Hari pertama aku menjejakkan kaki ke universiti di negeri adat pepatih, aku berseorangan tanpa ditemani sesiapa…aku cuma menumpang kereta teman sekampungku yang kebetulan mendaftar di tempat yang sama..walhal kami hanya kenal setahun dua di sekolah teknik. .bukan benar-benar akrab. Cuma aku yang tak banyak karenah menebalkan muka ingin pergi ke U bersamanya.

Bukan family aku tak ada..tapi kebetulan hari aku mendaftar ke universiti itu sama jatuhnya dengan tarikh hari keluarga nenek aku. Aku ni bukanlah cucu terpilih sampai hari keluarga terpaksa dibatalkan demi menghantar aku ke menara gading….

Sedih??? Aku dah lali. Malah 2 – 3 orang abang ku turut terpaksa hadir ke hari keluarga itu demi tidak mengecilkan hati nenek. Hati org tua..susah nk dijaga.Sebab itulah aku memilih untuk pergi sendiri. Orang tua ku tak banyak bising..malah sentiasa mendoakan pemergian aku..berkali-kali emak berpesan jaga diri ditempat org…

Entah kenapa…situasi itu berulang lagi bila aku mendaftarkan diri untuk menyambung ijazah..tapi bila aku da melalui situasi itu terlebih dahulu..aku jadi kebal. Namun terdetik jua hatiku bila melihat sahabat handai ditemani ibu bapa mereka…

Hari yang aku betul-betul rasakan sunyi bila aku mengambil sijil diploma ku sendirian. Tertitik air mata kesedihan bila aku berseorangan hari itu. Namun aku pasrah, yelah..aku sedar yang aku ini bukan cucu terpilih seperti anak makngah. Semuanya pandai-pandai belaka..pandai pulak tu membodek hati nenek dan makcik yang lain. Aku?? Jgn cerita…kalau takde hal yang betul-betul penting belum tentu mereka ambil kisah pasal aku.

Aku pon lebih senang buat hal sendiri. Abang-abang ku berkahwin dalam usia yang muda. So dalam aku meniti alam keremajaan aku sudah dilimpahi anak-anak sedara yang ramai. Malah kesemua abang-abang aku lebih sibuk menumpukan hal terhadap keluarga masing-masing…terpaksalah aku terkontang-kanting melalui hidup aku.

Tapi sebenarnya dalam kesunyian hidup aku tu, aku selalu ditemani buah hati aku. Walaupun dia tak selalu dengan aku, aku tau, dialah orang yang selalu ambil berat pasal aku, membebel tentang perkara-perkara remeh, yang tak bosan dengan rajuk aku. Melayan bebel-bebelan ku..mendengar keluh kesah..dan dengan itu aku sangat-sangat bersyukur dengan kehadirannya dalam hidup aku.

Yang membuatkan aku teringin menulis ni sebab hari ini aku rasa sunyi sangat sebab si dia tak larat nak melayan aku. Keracunan makanan katanya. Baru malam tadi aku boikot ingin merajuk dengannya tiba-tiba pagi lagi dikejutkan dengan berita tu. Nak luluh jantung rasanya. Dan hari ni…da tak dapat bertanya khabar..padan muka aku…

Aku harap si dia tak apa-apa, kalau tak kemana harapan masa depan aku nk letakkan…walaupun betah sunyi aku tetap tak betah tanpa dia menemani. Jiwangnye rase…hehehe…

Aku tengah tunggu si sara idris ni mesej aku..dia jugak yang berjanji akn mesej aku..tapi sampai hari aku da habis bercuti ni tak gak dia msg…kalo tunggu dia gak..tak bergerak la motor aku tu ke bengkel..nasib aku tabahkan hati pegi sensorang..

Erm..ape nak buat..da nasib badan…

Putrajaya hari ini hujan, jadi aku tak boleh la pergi kemana-mana..apatah lagi keluar beli makanan. Makanya malam ni pasti hidangan aku megi kari..aduh!!sayunya..lagipon badan rasa tak sedap ni..suam-suam kuku org kata…panadol da 4 biji aku telan..+ubat selsema lagi..naik tingtong kepala…

Tapi sebab sunyi ini..aku habizkan masa aku ni bukak laptop. Nak format laptop ni tak bleh sebab final project aku dalam ni..mintak-mintak tade ape-ape yang berlaku sebelum aku present ni..kalau ade..naya…

Owh..lupa lak..esok hari jadi aku..maknanye..time aku uplode tulisan ni dlm blog aku..adalah hari jadi aku…so “happy birthday to me”..

Tak lupa gak aku nak wish kenkawan aku skali

2/10 : Azezillah Abdullah(Kak Azi)

10/10 : Azri Azahari (kalo tak silap r..lupe lak..a.k.a..OSZ..pakwe wenn)

12/10 : Norahahzimah Rahamat (EG)

17/10 : Sarah IDris..

28/10 : Bakri a.k.a oyie..

So until next time..adioss

2 komen yang perlu dibaca:

  1. kenapa tetibe sedih jer ni..cam nih sara pon nk sedih la..cian akak

    ReplyDelete
  2. ala2..sara sayang..takmo r sedey2..

    ReplyDelete

page

Followers