Monday, December 21, 2009

MoviE --> SANtau


ok..kali ini..ulasan tentang filem santau. secara puratanya..daripada 5 bintang..aku bagi 3. jalan cerita pada dasarnya amat logik tapi mudah difahami. dari awal penceritaan aku sudah boleh mengagak musuh sebenar dalam cerita ini. mungkin..orang kata cerita itu kurang seram dan sebagainya. sebenarnya..itu lebih kepada kata-kata anak muda yang berlagak berani sokmo.

bagi aku..jalan cerita santau ini agak memuaskan hati. plot di susun agak rapi di selitkan dengan adegan lucu yang tidak terlampau. sungguh..aku cukup benci plot lucu yang keterlaluan. lawak bodoh apatah lagi.

cerita ini singkat. hanya 1 jam stengah. dan jika di fikirkan kembali. mesej yang cuba di sampai kan oleh filem ini jelas

"ingatlah bahawa...setiap yang berlaku itu, pasti ada pembalasannya"
"jika anda rasa anda hebat dan kuat, ada ramai lagi yang berkuasa dan lebih hebat"

rata-rata komen penonton cerita ini agak mengecewakan. banyak juga aku dengar suara anak-anak muda gedik kata "ala..cerita bodoh..tak seram..rugi duit aku tengok". nasib ketika itu dah lewat malam dan aku tidak mempunyai mood untuk bertelagah..kalau tidak..sudah tentu aku menjawab kembali
"kalau kau tahu bodoh. kau juga yang membeli tiket.ceh"

dasar budak-budak tidak cukup umur.
mahu tahu apa itu santau..mari menonton cerita ini

1 komen yang perlu dibaca:

page

Followers