Thursday, December 31, 2009

pengakhiran 2009


gamba dari en. google. dan saya tidak curi =P

aku dalam perjalanan pulang ke kampung. malam ini..aku juga akan menjenguk kedua anak sedara kesayangan. fatin dan fazreen. hujan menghiasi sepanjang perjalanan. awal bertolak juga telah disulami hujan lebat.

hari ini agak pulang lewat dari ofis. hmm..suasana sunyi dan suram..macam itu kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sana. mungkin..dan yang pasti..itu adalah detik akhir 2009 yang aku akan kenang.

tempat kerja aku itu indah. awal musim aku di sana, semangat aku mengenali dunia open source indah. aku tahu..aku punya bos yang pintar. yang dapat berkongsi pengalamannya di situ. tapi indah itu tidak lama. mungkin benar orang kata. yang indah itu hanya sementara. =(..tapi sepanjang 2009, aku tahu..banyak yang berubah dalam hidup aku. mungkin tiada apa yang menarik..tapi 2009 mengajar aku matang untuk menghadapi alam pekerjaan.

2009 juga kenangan aku menghadiri perlbagai jenis intbiu, pelbagai ragam manusia dan belajar untuk sedar, rakan sejati itu apa. kenangan yang aku ingat, tahun ini aku lebih banyak pergi ke majlis undangan perkahwinan. begitulah kehidupan semakin dewasa ini.
1. undangan graduasi
2. undangan perkahwinan
3. undangan meraikan bayi comel

malam ini akan berjumpa en. kesayangan. so..tata
slamat tinggal 2009.
slamat tinggal kenangan pahit
dan..selamat datang 2010.




0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers