Thursday, June 17, 2010

persediaan mental bg student KPLI


bagi semua calon yang layak ke kursus KPLI jun 2010, cik lina ucapkan tahniah.
dulu cik lina pon pernah melalui saat tu. sangat teruja time tu. tapi cik lina antara yang beruntung sebab, time cik lina berenti masuk kpli tu, bos cik lina bagi berenti awal, dan gaji cik lina utk month terakhir tu pon cik lina dpt.

hm..
bg persediaan mental yang cik lina nak cakap, terutamanya pelajar KPLI, kursus ini sangat lah padat. lagi2 kalau dapat di cheras, menuntut seribu pengorbanan. dengan lect cerewet, dengan koko la, sukan la..hm..sgt stress.
alhamdulillah, cik lina berjaya jugak mengharungi 6 bulan pertama.
antara tips cik lina nak bg

1. bulan pertama ini perlulah semua bersedia dengan wang ringgit yang secukupnya. untuk sewa rumah (kerana KPLI tiada penempatan), tapi still leh mohon. tapi persediaan la kan..untuk yuran2 tersembunyi selain RM 300 yang diminta itu. memang dalam surat dia mintak RM 300, tapi da masuk mana nk beli buku lagi, yuran persatuan lagi, duit beli buku la, duit kelas la, pendaftaran itu la, ini la. cik lina bukan tipu, cik lina serius.

2. perlu menguasai semua bidang matapelajaran. kursus KPLI ni bukan sekadar belajar, tapi jugak kene aktif dlm
  • badan beruniform (cik lina kene amik bulan sabit merah - bj mhl, so duit lg nk beli)
  • sukan (cik lina dpt hoki, so nk senang beli stick hoki sendiri)
  • olahraga (biasanya KPLI kene anjurkan olahraga tahunan. dan amik juga peperiksaan KOAM - kursus olahraga amatur malaysia. yeah..cik lina lulus..B-))
  • PJ (yang ni kene buat pergerakan kreatif la, senam ragam la. dan utk menjadi cemerlang, cik lina beli bola besar sendiri utk sng berlatih)
3. perlu sanggup untuk memikul tugas. menjadikan diri anda sebagai contoh kepada adik2 kecil di maktab. graduate kn. lect juga akan memandang anda sebagai graduate. untuk itu, perlu sedia mental dan fizikal untuk di pandang serong sebagai seorang yang berlagak dan telah mempunyai ijazah.
cik lina tahu dan cukup faham. kadang - kadang kita tidak pernah berlagak sombong dengan kelulusan yang kita ada, tp, certain lect akan melabel kita seperti itu. tahan telinga dan bersabar

4. environment maktab, langsung tidak sama dengan U. bersedia untuk berubah dan kuat semangat. jadikan tempat baru itu satu cabaran. dan kamu akan suka kan ia.

owh, lupa nak pesan.
berbaik2 dengan junior, walaupun mereka lagi muda, tapi mereka lagi lama belajar di sana. lagi2 yang dah sem 5, 6, 7. banyak pengalaman yang mereka dah timba. maka beramah mesra lah.
cik lina dpt kelebihan itu sbb cik lina slh seorang jawatankuasa perwakilan pelajar..


selamat berjuang!!

2 komen yang perlu dibaca:

  1. memang sgt2 stress.aku tgh cuak nk practicum ni lin..rasa cm nak quit je..

    ReplyDelete

page

Followers