Thursday, October 28, 2010

kadang - kadang kita terlupa bersyukur

kita tak sedar sebenarnya dalam dunia ini, kita amat bertuah. amat - amat disayangi.
aku pun dah cerita camne aku rasa diri aku bertuah kan.
so, aku sebenarnya nak semua orang pk yang diri dieorang pon bertuah jugak.
kadang - kadang nasib kita memang berbeza antara satu sama lain.
ade orang..rezekinya kawen awal. dapat anak ramai. bila dah tua kang..anak da besar2 gabak. tapi yang dia terlepas adalah usia muda untuk berpoya2. berhibur sama kawan - kawan. kecapi hidup bekerjaya. ini biasanya aku jumpa kat kampung - kampung

ada orang lain pulak, sangat berjaya dalam pelajaran. karier bagus..duit banyak..tapi..dia tak ketemu lagi jodoh. yang contoh ni..sekarang ni memang semakin ramai aku tengok. kebanyakannya adalah dibandar. kadang - kadang jugak kita salah tafsir mereka ni. ada yang kata mereka
memilih la
jual mahal la

eish2.
tapi..kan memang layak dieorang memilih + jual mahal. kata dah banyak duit dan berpelajaran. kan nabi pun ada pesan. kahwinilah wanita yang sekufu. kan..kan..

balik pada topik..
betul tak aku kata..kita hidup ni berbeza - beza. maka tak perlu cemburu dengan kehidupan orang lain. hidup ni kan umpama roda. kadang kala kita di atas. kadangkala kita dibawah. itu semua kan asam garam kehidupan.
dalam penat lelah kita tempuh hidup..
kadang - kadang ni la kita terlupa yang kita ini hanya meminjam.
lupa berterima kasih
yang kita tahu..hanya merungut.
=(..
tak puas hati itu la..
tak puas hati ini la..

aku sendiri pon..selalu buat.

tapi..manusia kan tak lari dari kesilapan. kejayaan terbesar adalah mengakui kesilapan kita sendiri..

percayalah..
sebenarnya..tuhan telah menentukan segalanya. kita hanya mampu merancang.
kadang - kadang kita diberi bercinta penuh indah
kahwin banyak benar dugaan.
kadang - kadang kita diberi penuh ranjau percintaan.
tapi bila dah bersatu terasa aman.

ada jugak selalu orang kata ..Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita belajar bersyukur bila bertemu yang benar..=)

****
sekarang ni aku cukup sebok benar ulangkaji math. sebab bosan ni jugak la aku makin rajin curah idea kat cni..bia kasi lapang space otak. tapi apa yang aku nak cerita kali ni supaya semua orang yang baca tu sedar. kita ni kan hanya manusia.

pernah tak korang tertanya-tanya
cth : putus tunang!
kenapa putus tunang? sedangkan time bercinta punyalah bahagia. tak pernah ada orang ketiga 4 atau 5. komunikasi clear je smua. bak kata korang..itula teman idaman. tapi tak kesampaian.

rasional : mungkin sebab time bercinta korang tak pernah sedar, yang dia tak sesuai. yelah..kapel...smua bende wangi..siap ada kene bodoh2 kan pon tak sedar. bile dah tunang. stat ah satu - satu rasa annoying.
hikmah : Allah uji kamu, dan kamu patut bersyukur tidak berkahwin dengan orang yang salah

cth2: gadoh dgn bf!
kenapa la asik gadoh. kawan pon asik tak restu aje hubungan korang. asik nasihat aje. then korang amek langkah jauhkan diri dari kwn sbb cakap dia tak fhm jiwa korang. jiwa korang tak tenteram. korang jadik muram. siap orang ade nasihat..jangan bunuh diri

rasional : korang tak pernah dengar nasihat kawan korang pon. sebabnya dah buta dek kerana cinta. korang rasa bf korang tu mulia. kwn korang tu tak cukup ilmu agama kat dada. so utk lebih berpandukan syariah islam. korang tak heran ilang kawan. tapi bila pk balik..betul ke hubungan korang tu berlandaskan islam?

hikmah : tak rugi ilang kawan yang keras kepala!

so..
kesimpulan
bersyukurlah

haha..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

1 komen yang perlu dibaca:

page

Followers